• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terima Lebih 500,000 Pelawat, Museo Ferrari Ini Bukan Muzium Biasa!

Terima Lebih 500,000 Pelawat, Museo Ferrari Ini Bukan Muzium Biasa!

December 4, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUSIM cuti sekolah memang penuh pelbagai aktiviti dan antara perkara popular dilakukan, terutama di kalangan pelajar, adalah membuat lawatan ke muzium. Pelajar di Itali atau Eropah cukup bertuah kerana negara mereka bukan saja mempunyai muzium sejarah konvensional, tetapi ada juga muzium koleksi kereta Ferrari.

Museo Enzo Ferrari yang terletak di Modena cukup popular apabila mencatatkan rekod pelawat lebih setengah juta orang bermula awal tahun hingga November tahun ini, dan jumlah itu meningkat 12 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Walaupun 2017 masih lagi berbaki beberapa minggu lagi, tetapi jualan tiket sudah pun mengatasi angka 478,000 keping berbanding tahun lalu.

BACA >>> Ferrari F2001 Schumacher Dilelong RM31 Juta! Pecah Rekod Kereta F1 Paling Mahal Dunia

Setakat November saja, jualan tiket meningkat 19 peratus atau bersamaan 150,000 orang. Antara sebab pertambahan mendadak jumlah pelawat adalah tema 'Memandu Bersama Bintang' (Driving with the Stars) yang mempamerkan model-model Ferrari dipandu personaliti pelbagai bidang seperti sukan, kebudayaan, industri dan hiburan.

museo-enzo-ferrari-1
museo-enzo-ferrari-2
museo-enzo-ferrari-3
museo-enzo-ferrari-4

BUKAN SATU, TAPI DUA MUZIUM!

Oh, rupa-rupanya Ferrari bukan ada satu muzium saja, tetapi ada sebuah muzium lagi untuk dikunjungi. Ferrari Museum atau Museo Ferrari, yang terletak di Maranello, turut menyaksikan pertambahan jumlah pelawat sebanyak 8 peratus, iaitu 350,000 orang.

Tahun ini, muzium tersebut menganjurkan pameran 'Rosso Infinito' yang kini masih lagi berlangsung. Terdahulu, muzium tersebut ada menganjurkan pameran 'Under the Skin' yang kini dipindahkan ke Design Museum di London hingga 15 April 2018.

BACA >>> Roller-Coaster di Ferrari Land Mampu Pecut 0-180kmj Sepantas 5 Saat

Ferrari bukan sekadar lambang kebanggaan Itali, malah muzium pengeluar automotif mewah itu menjadi antara lokasi paling banyak dilawati pengunjung serata dunia. Muzium Ferrari juga tidak bergantung kepada model kereta sahaja, tetapi turut menganjurkan pelbagai tema pameran bagi menarik perhatian ramai.

Museo Ferrari Maranello 1
Museo Ferrari Maranello
Muzium Ferrari
museo-ferrari-1
museo-ferrari-2
museo-ferrari-3
museo-ferrari-4

Related

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainment, Ferrari, Ferrari Museum, Museo Enzo Ferrari, Museo Ferrari, muzium, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev