JIKA ada yang bertanya, kenapa keluar begitu banyak berita tentang Honda Civic Type R tahun ini, jawapannya adalah kerana model itu memang kereta yang bagus.
Civic Type R bukan lagi kereta 'hardcore' semata-mata, tetapi sudah jadi kereta berprestasi serba boleh. Model itu cukup cemerlang dari segi prestasi hingga mencatatkan rekod sebagai kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas di Nürbürgring, dan pada masa sama masih sebuah Honda. Maksudnya, Civic Type R masih sebuah jentera yang praktikal dengan empat pintu dan suspensi yang tidak sekeras versi terdahulu, Civic Type R FD2R.
BACA >>> Bau Kedai Belum Hilang, Tetapi Honda Civic Type R Milik Lelaki Ini Kemalangan
Malah, Civic Type R masih dalam radar harga mampu milik di kalangan pembeli Amerika Syarikat dan Britain, serta tidak pula memuatkan aneka teknologi enjin dan transmisi yang pelik-pelik dan mahal untuk disenggara.
NOMBOR 1 PILIHAN TOP GEAR
Kehebatan Civic Type R semakin jelas diperakui apabila majalah terkenal, Top Gear mengiktiraf hatchback tersebut sebagai Kereta Terbaik Tahunan (COTY) 2017 dengan membolot tiga anugerah serentak:
- Hot Hatch Terbaik Tahunan (Hot Hatch of the Year)
- Kereta Editor Antarabangsa Terbaik Tahunan (TG International Editor's Car of the Year)
- Kereta Terbaik Tahunan (Car of the Year)
Anugerah COTY anjuran majalah terbitan BBC itu adalah acara tahunan bagi meraikan kereta terbaik setiap tahun. Top Gear pula ialah majalah bulanan permotoron terbesar dunia yang mana tahun ini semua pengarang Top Gear antarabangsa (22 orang) mengundi untuk memilih kereta terbaik tahunan kegemaran mereka.
Menurut majalah BBC TopGear;
Civic Type R bukan sekadar Kereta Hatchback Terbaik Tahunan, ia juga Kereta Terbaik Tahun ini. Kereta ini terasa ketagih untuk dipandu, berkarakter dan sangat pantas, ibarat hero bagi orang kebanyakan yang memberikan akses dan kegilaan dalam satu pakej. Keseronokan model ini datang daripada gabungan pakej tersebut. "
BACA >>> Adrian Salleh Pemilik Pertama Honda Civic Type-R Serba Baharu Di Malaysia
Civic Type R hanya dipasang di kilang Honda di Swindon, Britain dan inilah antara sebab kenapa harga hatchback itu tinggi untuk negara yang tidak mempunyai perjanjian bebas dengan Britain. Model ini banyak berkongsi komponen dengan Civic hatchback dan dibangunkan daripada asas untuk menjadikan ia kereta serba boleh sama ada atas trek atau jalan raya biasa.
Leave a Reply