TC SUBARU Sdn Bhd memperkenalkan model crossover terbaharu, Subaru XV (2018) yang dibina berasaskan Subaru Global Platform. Model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak ini didatangkan dalam dua varian, 2.0i dan 2.0i-P (spesifikasi tertinggi).
Aspek luaran Subaru XV (2018) tampak seakan sama seperti versi terdahulu, tetapi harga jualan pula bermula RM142,828. Berikut 5 perincian mengenai model baharu pengeluar automotif dari Jepun itu:
1. HARGA
- Subaru XV 2.0i - RM142,828
- Subaru XV 2.0i-P - RM150,248
* Harga atas jalan termasuk GST, tanpa insurans
Bersempena meraikan kehadiran model crossover itu, TC Subaru menawarkan harga promosi bagi kedua-dua varian. Varian 2.0i dijual pada harga RM118,819, manakala varian 2.0i-P berharga RM125,868. Promosi diberikan menyaksikan penurunan harga sebanyak RM24,000. Bagaimanapun, tiada had masa tertentu diberikan bagi tawaran harga promosi berkenaan.
2. ADA 6 PILIHAN WARNA
- Sunshine Orange (jingga)
- Dark Blue Pearl (biru)
- Pure White (putih)
- Ice Silver Metallic (perak)
- Dark grey Metallic (kelabu)
- Crystal Black Silica (hitam)
3. WARANTI
- 5 tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
BACA >>> Subaru WRX STI Type RA NBR Special - Kereta Penumpang Terpantas di Nürburgring
4. ENJIN 2.0L BOXER
Kedua-dua varian Subaru XV (2018) didatangkan dengan enjin sama, iaitu aspirasi natural (NA) 2.0L Suntikan Terus Boxer. Hasilnya, crossover ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 154hp pada 6,000rpm bersama tork 196Nm (4,000rpm).
Pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 10.4 saat dengan kelajuan maksimum 194kmj. Penggunaan bahan api pula merekodkan 7.3L per 100km.
Model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Segambut itu juga dipadankan dengan kotak gear Lineartronic bersama sistem pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel Drive (S-AWD) dengan X-MODE.
Subaru Global Platform menggabungkan aspek keselamatan, keselesaan, pemanduan dan pengendalian dengan memberikan pemanduan lebih menyeronokkan selain memastikan keselamatan pemandu dan penumpang. Mudah kata, semua dalam satu.
BACA >>> Subaru Impreza (2017) Raih Anugerah Kereta Terbaik Jepun Selepas Belasan Tahun Kempunan
5. ADA 7 BEG UDARA
Dari aspek keselamatan, Subaru XV (2018) dilengkapkan 7 beg udara secara standard, dengan ciri Bantuan Brek (BA), ISOFIX, Sistem Sekuriti Anti-Kecurian dan banyak ciri lain lagi.
Leave a Reply