• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #LAAS2017: Volkswagen Perkenal Tiguan R-Line, Cuma Perubahan Kosmetik

#LAAS2017: Volkswagen Perkenal Tiguan R-Line, Cuma Perubahan Kosmetik

November 29, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN memperkenalkan Tiguan R-Line sempena Pameran Motor Los Angeles (LAAS) 2017. Bagaimanapun, debut baharu itu cuma menampilkan perubahan kosmetik, manakala kuasa kekal sama seperti model standard, 184hp daripada enjin 2.0L TSI.

Rupa luaran diubah agresif supaya sinonim dengan model-model dalam famili R-Line membabitkan dua pilihan trim, SEL yang datang dengan rim aloi Trenton 19-inci Trenton, dan SEL Premium bersama rim aloi Braselton 20-inci.

Bersama trim, VW turut menambah bampar baharu dengan inlet udara yang cukup menonjol, kemasan hitam berkilat pada difuser, bukaan gerbang roda warna badan, dan skirt sisi. Akhir sekali ialah lencana R-Line pada gril dan fender.

BACA >>> Volkswagen Rancang Hasilkan Polo R, Lebih Berkuasa Berbanding Golf GTI, R?

Ruang dalaman turut dihidangkan lencana R-Line yang dapat dilihat pada paparan skrin infotainment, sil pintu dan roda stereng. Material keluli tahan karat digunakan pada sil pintu dan pedal kereta, manakala kemasan bumbung kabin dihitamkan.  

Tiguan R-Line dijangka berada di pasaran menjelang awal 2018 dengan tambahan harga AS$1,795 (RM7,366) untuk trim SEL Premium dan AS$1,495 (RM6,135), SEL.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: LAAS2017, Pameran Auto Los Angeles (2017), Roda4, Volkswagen, Volkswagen Tiguan R-Line, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev