ANDA ada bakat melukis, terutama dalam rekabentuk motosikal? Jika YA, jangan lepaskan peluang menyertai program Bakat Besi anjuran R8DER, sub jenama di bawah Modenas yang menumpukan kepada prestasi dan gaya hidup motosikal.
Ditawarkan dalam dua kategori:
- REKA SIFU
- BINA SIFU
1. REKA SIFU - KATEGORI TERBUKA BUAT SEMUA
Kategori REKA SIFU terbuka kepada semua golongan masyarakat dan terbahagi kepada dua sub kategori, iaitu:
- Rekaan Konseptual
- Rekaan Livery / Grafik
Jika anda ada bakat merekabentuk motosikal dan berminat menyerlahkan rekaan unik anda itu, cepat sertai kategori terbuka ini! Penyertaan di atas sudah dibuka sejak 28 Oktober lalu dan tarikh tutup adalah pada 20 Disember ini.
Keputusan akan dibuat berdasarkan penilaian juri dan undian media sosial bermula 21 Disember nanti hingga 15 Januari 2018 bagi kedua-dua sub kategori tersebut. Pemenang pula akan diumumkan pada 21 Januari 2018.
Hadiah utama adalah berupa sebuah motosikal Modenas selain wang tunai dan baucar petrol berserta aksesori motosikal daripada Moto Gear Malaysia untuk pemenang tempat kedua dan ketiga. Tunggu apa lagi! Klik SINI untuk menyertai REKA SIFU.
2. BINA SIFU - KATEGORI KHAS PILIHAN PANEL
Kategori BINA SIFU pula ialah kategori khas yang disertai 'constructor' dan 'customizer' daripada bengkel pilihan panel penganjur. Berikut 12 bengkel yang terpilih sebagai finalis:
Constructor
1. Cilik Motorsport
2. Panji Motor
3. Maju Mega Bike Racing
4. 16 Performance
5. UTM Racing
6. JND Garage
Customizer
1. E One Bikers
2. Eastern Bobber
3. Rusty Factory
4. Own Motor
5. Hungry Ghost Custom Inc
6. Wak Jep
Setiap pasukan dalam kategori ini terdiri daripada dua orang, iaitu seorang Constructor yang akan menumpukan tugasan prestasi, manakala seorang lagi ialah Customizer yang mengkhususkan kepada kerja kosmetik dan penggayaan.
Jentera yang akan dimodifikasi setiap pasukan ialah motosikal terbaharu Modenas, iaitu Pulsar NS200, Pulsar RS200 dan V15 yang mana pilihan model ditentukan menerusi cabutan undi. Setiap pasukan akan diberikan wang belanja sebanyak RM5,000 dengan kos tambahan lagi RM5,000 dengan kos keseluruhan modifikasi bernilai RM10,000! Peserta juga perlu menepati syarat tertentu yang ditetapkan penganjur dan paling utama, motosikal custom itu mesti selamat ditunggang!
Penilaian akan bermula 5 Januari 2018 melibatkan pasukan juri profesional dalam industri custom motosikal, termasuk undian umum menerusi saluran media sosial. Hadiah ditawarkan pun tidak kurang hebat, berupa wang tunai bernilai RM10,000 dan kontrak pembuatan bersama Modenas selama 2 tahun!
Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi R8DER.
Leave a Reply