TOYOTA GAZOO Racing (TGR) pusingan kedua kini sedang berlangsung di litar MAEPS, Serdang. Jika anda kelapangan, jom serbu Karnival Perlumbaan TGR di MAEPS kerana pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung yang hadir.
Lebih menarik, anda juga berpeluang memenangi Toyota Vios Sports Edition. Caranya mudah, anda hanya perlu hadir ke TGR dan mengisi borang serta menjawab beberapa soalan mudah. Setiap borang dengan jawapan betul secara automatik layak membawa balik jentera yang diberi penggayaan sama seperti jentera lumba Vios Challenge.
Sepanjang dua hari karnival berlangsung, anda akan dihidangkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik seperti pertunjukkan drift, penampilan selebriti, permainan pentas, promosi Toyota RM1 Juta Bonanza, penampilan Toyota C-HR dan banyak lagi.
Ada lapan selebriti tanah air seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Janna Nick, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee akan saling berlumba dalam kategori Promotional.
BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge 2017
Selain lapan pelumba selebriti yang turut membuat penampilan di pentas utama untuk bertemu peminat, Media Prima juga akan membawakan bas jelajah untuk Drama Sangat. Antara artis yang hadir ialah Bell Ngasri, Chacha Maembong, Izzue Islam, Johan Ashaari, Nad Zainal, Puteri Aishah, Raja Afiq dan Zoey Rahman.
Saksikan juga pertunjukkan drift dan kemahiran memandu juara dunia dari Jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino. Pasangan itu akan membuat penampilan aksi drift selama 30 minit setiap hari, dengan memandu jentera drift mereka, Toyota 86.
Tunggu apa lagi, masuk adalah percuma dan aktiviti bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Untuk mendapatkan maklumat terkini, lokasi tempat letak kereta dan segalanya tentang Vios Challenge, layari laman Facebook Toyota GAZOO Racing Malaysia, serta ikuti laman Instagram dan Facebook.
Harry adams says
Saya minat dengan jenama Toyota ni. Memang minat sangat. Tapi apakan daya tidak mampu hendak memilikinya.. Toyota vios ni lah idaman saya kerana saya tahu Toyota ni,memang tahan lasak. Tapi saya hanya mampu melihatnya saja...
Harry adams says
I'm interested in Toyota's brand. It really is a passion. But how much power can not afford it .. Toyota vios is my dream because I know Toyota's, it is hard-working. But I was just able to see it ...