• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Lancar 'Warisan Nismo' untuk Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Ikonik

Nissan Lancar 'Warisan Nismo' untuk Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Ikonik

November 24, 2017 By Han Othman 3 Comments

225
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN mengumumkan pelancaran program Warisan Nismo yang dibangunkan untuk memastikan model-model popular jenama itu kekal di atas jalan selama mungkin.

Program itu pertama kali diuar-uarkan pada April tahun ini yang membabitkan kerjasama antara Nissan, Nissan Motor Sports, Autech Japan dan beberapa pembekal terpilih. Rancangannya adalah menghasilkan semula alat-alat ganti untuk senarai model terpilih yang mana Skyline GT-R R32 menjadi model pertama mendapat alat ganti baharu dan tulen.

BACA >>> NISMO Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Lama Nissan - Skyline GT-R R32 Jadi Model Sulung

Jualan dijadualkan bermula pada 1 Disember ini, terdiri daripada kira-kira 80 alat ganti tulen untuk GT-R R32 yang siap sedia dibeli pemilik jentera ikonik tersebut. Antaranya ialah hos, lencana, harnes dan komponen luaran terpilih. Pada masa terdekat, alat ganti tambahan akan ditambah dalam inventori Nissan secara berperingkat.

Model selepas itu yang bakal menyusul untuk Warisan Nismo R33 and R34 GT-R.

Bagaimanapun, jika Nissan tidak dapat menghasilkan semula sesetengah alat ganti dengan pembeli asal, Nismo akan cuba menggantikannya dengan produk yang dihasilkan semula, dibaiki atau terpakai.

Nismo-Heritage-Nissan-2
Nismo-Heritage-Nissan-5
Nismo-Heritage-Nissan-1
Nismo-Heritage-Nissan-4
Nismo-Heritage-Nissan-3

SUMBER: Car Scoops

Related

225
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Nismo, Nismo Heritage, Nissan, Nissan NISMO, Nissan Skyline GT-R R32, Roda4, Warisan Nismo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev