• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda N-One - Kei Car Comel Cuma di Jepun

Honda N-One - Kei Car Comel Cuma di Jepun

November 23, 2017 By Azhan O 1 Comment

523
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUT pasal Kei car pasti ramai membayangkan model-model keluaran Daihatsu yang sinonim dengan pembuatan kereta-kereta kenit berenjin kecil di bawah 660cc (ada yang meletakkan enjin di bawah 1,000cc sebagai Kei car juga). Tetapi, tahukah anda Honda pun ada menghasilkan model Kei car?

Misalnya model dalam artikel kali ini, Honda N-One sudah dikeluarkan sejak 2012, khas untuk pasaran Jepun sahaja. Ditayang kepada umum pada Pameran Motor Tokyo 2011, N-One dijual di pasaran bermula 1 November 2012, dan menjadi sebahagian daripada barisan famili Kei car Honda di bawah label 'N'. Nama awal N pula dipilih Honda sempena memperingati model N360 yang pernah dihasilkan pengeluar dari Jepun itu sekitar era 1960-70-an.

KECIL BERKUASA

Bersama enjin 3-silinder 660cc pengecasturbo berkuasa 54hp dan tork 104Nm, prestasi N-One nampak semacam biasa-biasa sahaja. Tetapi harus diingat, kereta ini cuma seberat 800kg. Jadi, fiil lonjakan dan kelajuan sudah lebih daripada cukup untuk membuatkan si pemandu kereta ini berseronok. Kalau tidak percaya, tanyalah pemilik-pemilik Kancil Mira.

Kuasa dihantar kepada roda depan (varian AWD turut ditawarkan) menerusi kotak gear automatik CVT. Segalanya dapat dilakukan dengan lancar, dan mudah tanpa perlu bimbang memudaratkan enjin. Apapun, N-One bukanlah kereta yang dibikin untuk prestasi, apatah lagi memandu di Tokyo yang semua tahu sangat sukar sekali memecut melebihi 50kmj.

Di Negara Matahari Terbit itu, Honda N-One dijual pada harga ¥1,185,000 juta (RM43,792). Mahal atau murah?

GALERI

SUMBER: Auto Express | Honda Japan

Related

523
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda N One, Kei car, Roda4, supermini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev