• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kontrak Bakal Tamat Setahun lagi, Rossi Mula Risaukan Masa Hadapan

Kontrak Bakal Tamat Setahun lagi, Rossi Mula Risaukan Masa Hadapan

November 22, 2017 By Aryon 4 Comments

FacebookTwitter


WALAUPUN kontrak Valentino Rossi bersama Movistar Yamaha masih berbaki setahun lagi, pelumba legenda MotoGP itu sudah mula gundah gulana tentang masa hadapannya. Beliau yang bakal berusia 39 tahun pada Februari 2018 tidak dapat menyembunyikan rasa bimbangnya apabila tiba masa bersara kelak.

“Saya takut membicarakan masa bersara. Saya sukakan kehidupan saya masa ini, menunggang motor, berlumba di MotoGP, jika saya tidak lagi seperti masa ini, saya harus cari jalan lain supaya tidak bosan,” kata pelumba yang terkenal dengan julukan 'The Doctor' itu.

BACA >>> Cagiva Mito 125 - Legenda Sportbike 2-Lejang, Pernah Jadi Mainan Rossi

Rossi mula terjun dalam arena perlumbaan profesional sejak 1997 dengan meraih gelaran juara dunia sebanyak 9 kali, dan tujuh daripadanya dalam kelas primer.

valentino-rossi-the-doctor
valentino-rossi-2017
valentino-rossi-2017-2

Tempoh kontrak Rossi bersama Yamaha dijadualkan berakhir tahun hadapan selepas berakhir musim MotoGP 2018. Apakah hero tua itu masih kompetitif untuk bersaing di peringkat antarabangsa? Semua itu bakal ditentukan prestasi beliau sendiri.

BACA >>> Selepas Bersara MotoGP, Valentino Rossi Teringin Berlumba 24 Hours of Le Mans

Pelumba Itali itu sebelum ini pernah menyuarakan hasrat mahu berlumba kereta dalam kejohanan 24 Hours of Le Mans selepas bersara kelak. Jika benar, itu bukanlah perkara mengejutkan kerana memang kebanyakan pesara-pesara trek, sama ada motosikal atau kereta, akan cenderung memilih arena rali atau enduran untuk melengkapkan pencapaian usia pertengahan mereka.

Apapun, nama The Doctor sudah pun terpahat sebagai legenda motosikal sepanjang zaman.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 24 Hours of Le Mans, MotoGP, roda2, The Doctor, Valentino Rossi, Yamaha Movistar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev