• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Ninja 250 (2018) Boleh Cas Telefon Pintar! Pertama di Dunia dalam Kelas 250cc

Kawasaki Ninja 250 (2018) Boleh Cas Telefon Pintar! Pertama di Dunia dalam Kelas 250cc

November 22, 2017 By Aryon Leave a Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEBUT Kawasaki Ninja 250 (2018) di Indonesia baru-baru ini dijangka menggugat seteru terdekat, Honda CBR250RR dalam pasaran sportbike fairing 250cc. Selain mempertaruhkan rekabentuk baharu dan prestasi mengancam, jentera itu turut menampilkan beberapa ciri unik yang tiada pada pesaingnya itu.

Di atas kertas, prestasi Ninja 250 (2018) berjaya mengatasi lawannya itu. Tambahan lain, Kawasaki turut menawarkan ciri yang tiada pada CBR250RR, iaitu soket 12V yang berfungsi sebagai tempat mengecas bateri untuk gajet si penunggang. Ciri sebegitu nyata unik kerana pertama kali dipasang pada sportbike fairing 250cc.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 (2018) Meluncur di Indonesia, Harga Mula Rp61.9 Juta (RM19k)

Kebiasaannya hanya motosikal jenis skuter atau cruiser (seperti Honda Gold Wing) yang menawarkan ciri berkenaan. Kekurangannya cuma Kawasaki tidak menambahkan ruang kecil untuk menyimpan gajet ketika mengecas. Kalau tidak, tentu lebih praktikal.

RESPON PEMILIK

Pengenalan fungsi mengecas itu menurut Kawasaki adalah berdasarkan maklum balas pemilik Ninja di Indonesia yang gemar mengembara atau menunggang jauh. Justeru fungsi palam mengecas sudah tentu jadi sangat berguna kepada mereka. Lebih melegakan, Kawasaki memberi jaminan bahawa ciri tersebut tidak akan mengurangkan prestasi Ninja 250.

Kawasaki Ninja 250 (2018) didatangkan dalam tiga warna: Lime Green (hijau), Metalic Spark Black (hitam) dan Passion Red (merah)

Harga pula bermula: Standard - Rp61.9 juta (RM19,000), Special Edition (SE) - Rp64.3 juta (RM19,738) dan ABS SE dalam warna Candy Burnt Orange MDP, Rp72.4 juta (RM22,086).

Peminat Kawasaki di Malaysia tentu tidak sabar menanti kehadiran Ninja 250 (2018). Kawasaki Motors Malaysia baru-baru ini mendakwa akan membawa masuk sportbike itu pada suku kedua tahun ini. Tetapi tidak dapat dipastikan apakah jentera itu akan siap didatangkan dengan soket mengecas yang sama seperti versi Indonesia? Harap sabar menanti. Kata orang, sabar itu indah!

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Indonesia, kawasaki ninja 250 2018, motosikal, roda2, sport fairing, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev