• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Legenda, Tetapi Tidak Laku, Subaru Putuskan Henti Pengeluaran WRX STI di Eropah pada 2018

Legenda, Tetapi Tidak Laku, Subaru Putuskan Henti Pengeluaran WRX STI di Eropah pada 2018

November 22, 2017 By Han Othman Leave a Comment

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBARU Jerman mengesahkan pengeluaran WRX STI untuk pasaran Eropah tidak akan disambung menjelang awal musim panas 2018. Ini bermakna WRX STI (2018) ialah model terakhir bagi sedan sport itu, sekali gus mengakhiri usia 17 tahun pengeluaran di rantau tersebut.

Dalam satu kenyataan, pengarah urusan Subaru Deutschland, Christian Amenda berkata, peraturan emisi ketat di Eropah menjadi punca kepada kegagalan survival STI.

BACA >>> Subaru WRX & WRX STI (2018) - Prestasi Dipertingkat, Rupa Lebih Segar

“WRX STI memiliki sejarah permotoran yang sukses dan lama, serta mempunyai kelompak peminat setia walaupun kecil. Peningkatan peraturan emisi ketat di Eropah meletakkan model atlet klasik itu dalam keadaan lebih sukar, dan menjadi sebab kenapa pengeluar memutuskan menghentikan pengeluaran."

“Menjelang awal musim panas 2018, tiada model baharu akan dihasilkan untuk pasaran Eropah. Tetapi jualan akan dilanjutkan hingga sekurang-kurangnya penghujung 2018, dengan pra tempahan mencukupi. Sudah tentu kami mahu  berikan pemenang empat kali 24 Hours Nurburgring Nordschleife ini satu perpisahan yang sesuai,” kata Amenda.

2018-Subaru-WRX-STI-1
2018-Subaru-WRX-STI-2
2018-Subaru-WRX-STI-3
2018-Subaru-WRX-STI-4
2018-Subaru-WRX-STI-5
2018-Subaru-WRX-STI-6

Walaupun popular seluruh dunia, WRX STI tidak pernah menjadi pemain utama bagi produk Subaru di Jerman. Faktanya, jentera tersebut cuma dijual 859 unit sejak 2011. Malah, ada khabar mendakwa Subaru kini turut menyemak semula masa hadapan WRX STI di pasaran negara lain dan ada ura-ura generasi baharu model tersebut akan mendapat sentuhan tenaga elektrik.

BACA >>> Subaru WRX STI Type RA NBR Special - Kereta Penumpang Terpantas di Nürburgring

Sekarang cuba bayangkan WRX STI sudah dielektrikkan.

SUMBER: Car Scoops

 

Related

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Christian Amenda, Roda4, sedan sport, Subaru, Subaru WRX STI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev