• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa 'Coolant' Enjin Sangat Penting?

#TahukahAnda: Kenapa 'Coolant' Enjin Sangat Penting?

November 21, 2017 By Azhan O 6 Comments

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI bendalir lain dalam kereta anda, penyejuk atau 'coolant' enjin (selepas ini akan disebut coolant) memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana kereta anda beroperasi dengan baik dan betapa perlu ia disenggara secara konsisten. Kekerapan memeriksa coolant pula bergantung kepada jenis kenderaan, termasuk keseluruhan keadaan mekanikal dan sejarah pemanduan.

BACA >>> Kenal Pasti Bendalir Apa yang Bocor Bawah Kereta Anda

Langkah mengabaikan kondisi bendalir dalam enjin bukanlah sikap yang bagus, termasuk coolant juga. Jadi, sangat penting bagi seseorang pemandu untuk memahami apakah fungsi coolant dan bagaimanakah menyenggara bendalir tersebut.

KENAPA COOLANT PENTING?

Coolant enjin ialah campuran bendalir antara air dan antibeku (antifreeze) yang tersimpan dalam radiator kenderaan. Coolant berfungsi menghalang enjin daripada mengalami masalah panas lampau (overheating) ketika cuaca panas, dan membeku (freezing) dalam cuaca sejuk ekstrem yang mana kedua-dua kondisi alam itu mampu menyebabkan kerosakan teruk ke atas enjin.

Amalan yang biasa dilakukan adalah mencampurkan air dan antibeku dalam nisbah 50:50 ke dalam sistem penyejukan kereta. Namun, peraturan tersebut bukanlah mandatori, sebaliknya bergantung kepada kondisi cuaca ketika kenderaan anda beroperasi. Campuran dua bendalir itu boleh saja diubah, sama ada meningkatkan titik didih atau mengurangkan had titik beku. Apapun, memilih campuran yang dapat mengurangkan tekanan haba ke atas enjin adalah cara paling ideal.

KENAPA PENYENGGARAAN COOLANT TIDAK PATUT DIABAIKAN?


Kegagalan menyenggara coolant mampu menyebabkan kesan buruk ke atas enjin kereta anda. Ramai tidak tahu, coolant secara semula jadi akan mengalami degradasi daripada semasa ke semasa, dan juga disebabkan cara pemanduan teruk. Ini termasuk kehadiran lembapan tidak diperlukan dalam sistem penyejukan enjin yang memaksa sistem penyejukan bekerja lebih kuat berbanding normal, terutama apabila berlaku proses pengewapan yang tanpa sedar memanaskan komponen besi dalam enjin.

Antara penyelesaian terbaik adalah menggunakan coolant bukan air (waterless coolant) dengan titik didih tinggi dan titik beku rendah. Coolant jenis ini dapat mengelak elemen perlindungan terurai daripada partikel air dalam jangka masa lama. Malah, titik didih tinggi 190°C pada coolant bukan air berbanding 106°C dalam coolant konvensional jenis etilena glikol, mampu menghalang bendalir penyejuk itu berterusan mendidih dan menjana stim.

Kakisan (corrosion) pula adalah proses dalam sistem penyejukan yang sukar dikawal. Sesetengah pencemaran dalam kakisan sangat sukar dibuang sepenuhnya walaupun selepas melakukan proses pengosongan atau flushing menyeluruh. Jadi, perkara terbaik boleh dilakukan adalah cuba mengelak memulakan proses kakisan dengan hanya menggunakan produk sah yang disarankan pengeluar.

KERETA LAMA VS KERETA BARU

coolant-level
toyota-coolant
coolant-radiator

Pelanggan perlu mengambil peduli tentang jadual penyenggaran coolant enjin. Sesetengah pengeluar, Toyota sebagai contoh, melakukan perubahan ke atas jenis coolant yang digunakan dalam kenderaan mereka. Asalnya, coolant adalah dalam bentuk tulen dan pekat, serta perlu dicairkan dengan air dalam nisbah tertentu (60 peratus coolant dan 40 peratus air) supaya dapat bekerja dengan cekap.

Selepas 2004, Toyota mula mengubah tempoh jangka hayat coolant daripada 50,000km kepada 160,000km. Coolant tersebut tidak perlu dicampurkan dengan air, malah dapat membantu mengesan kebocoran dalam sistem penyejukan dengan lebih baik.

BACA >>> Ramai Pemandu UK Kurang Pengetahuan Senggara Kereta, Tidak Tahu Simbol Amaran Brek

Bagi memastikan coolant enjin bekerja secara optimum, jangan biarkan bendalir itu pada takat minimum seperti tertera pada tangki pengembangan (expansion tank). Ini penting supaya sistem penyejukan dapat berfungsi seperti sepatutnya.

Lain-lain syarikat seperti Audi dan Mercedes mempunyai jadual penyenggaraan coolant yang lebih singkat bagi kenderaan baharu mereka. Contohnya, Audi menetapkan tempoh 29,000km, manakala Mercedes lebih singkat, 16,000km bagi kebanyakan barisan model petrol.

TANGGUNGJAWAB PEMILIK


Pemilik patut memberikan perhatian kepada arahan manual bagi coolant enjin yang dipilih. Setiap jenis coolant memiliki peraturan tertentu dan sedikit kegagalan mematuhi arahan boleh menyebabkan bendalir itu tidak berfungsi dengan cekap seperti diharapkan.

Pemilik wajib mematuhi spesifikasi ditetapkan pengeluar jika mahu menambah coolant enjin. Pengeluar kereta sebenarnya sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh pengeluar bendalir tentang tetapan nisbah dan paras coolant yang diperlukan produk mereka. Semua itu ditentukan berasaskan prestasi enjin dan standard penggunaan bahan api sesebuah kenderaan. Ingat, setiap model dan jenama adalah tidak sama penggunaan coolant walaupun berada dalam segmen sama.

BACA >>> #ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar 'Coolant' Kereta

Tahukah anda, penggunaan bahan api boleh terjejas jika anda mengambil sambil lewa sahaja tentang prosedur menambah coolant enjin? Apatah lagi apabila tiba masa sistem coolant itu perlu dikosongkan, tetapi tidak dipedulikan.

Kesimpulannya, bukan sukar pun mahu menyenggara coolant enjin. Anda cuma perlu mematuhi arahan pengeluar dari segi jenis dan bilakah perlu menambah coolant. Ini termasuk memahami dengan jelas apakah fungsi coolant dalam memastikan enjin dapat beroperasi sempurna.

Related

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: apakah itu coolant, autotainment, coolant, coolant enjin, penyejuk, Roda4, tahukah anda

Comments

  1. din says

    February 13, 2018 at 10:27 PM

    anda tidak menghurai secara detail berapa banyak nak pakai coolant.samaada dicampur dgn air atau satu tangki penuh dgn coolant,saya pakai innova, guna coolant toyota sebanyak 5 liter penuh,tanpa di campur air,

    Reply
  2. Mrdinuncle says

    March 6, 2020 at 11:25 PM

    Betul tu,cerita je panjang.tapi tak fokus tajuk utama ,aku pakai innova colant toyota satu botol shj

    Reply
  3. Yap says

    June 10, 2020 at 8:29 PM

    Pomen org putih tukar coolent bila warna asal coolent sudah berubah, tak sarankn pun kena tukar coolent ikut km..tp bergantung dengan keadaan coolent.

    Reply
  4. Deli says

    July 23, 2020 at 10:07 PM

    Saya hantar servis van cam placer 2.8 diesel..dia nak servis sistem penyejuk dan guna 15 liter coolant fluid untuk reflush..saya tanya kenapa byk sgt katanya sebab kapasiti enjin dan tangki besar..entahla

    Reply
  5. Jep says

    August 7, 2020 at 3:07 PM

    Coolant tu sendiri tak dapat nk sejuk kan enjin... penyejuk yg terbaik adalah air.. coolant tu membantu sistem penyejukan tidak berkarat.. tu pasal eloknya 50 : 50

    Saya guna exora.. bila tukar coolant saya guna 2 botol coolant UMW (2 liter) selebihnya tuang air mineral jenama spritzer sampai radiator penuh..

    Reply
  6. Arluna says

    February 28, 2021 at 12:05 PM

    Kalau nissan lavina mcm mn ye...coolant ni nk kena campur air ke

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev