RAMAI bertanya, best ke Perodua Myvi (2018) baharu? Jawapan saya, not bad!
Saya bersama rakan media permotoran lain sebelum ini sudah diberikan peluang memandu uji Perodua Myvi (2018) baharu di litar ujian Perodua di Rawang. Memandangkan pandu uji itu dijalankan dalam kawasan litar pendek, sepanjang 2.3km sahaja, tidak banyak yang dapat saya ulas. Apa yang boleh dikatakan, tahap pengendalian Myvi (2018) baharu ini nyata lebih baik.
Dari segi paras rupa, DNA Perodua kekal terserlah, terutama bahagian depan. Menurut Perodua, 99.99 peratus pembuatan Myvi (2018) baharu adalah hasil air tangan anak tempatan. Maksudnya, hampir keseluruhan rekabentuk dihasilkan baharu, baik daripada segi luaran ataupun dalaman. Walaupun ramai mendakwa Perodua sekadar pengeluar rebadge daripada model induknya, Daihatsu, tetapi faktanya, bukan. No no no! Nampak saja semacam sama, tetapi Malaysian made!
BACA >>> Perodua Myvi (2018) - Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran
Sama ada cantik atau tidak, itu subjektif dan anda boleh nilai sendiri. Tetapi secara peribadi, saya mahu katakan, rekabentuk terkini Myvi (2018) baharu memang not bad!
SEDAP TAPI…
Berbalik kepada pengalaman pemanduan, Perodua Myvi (2018) baharu jauh lebih sedap dipandu berbanding model lama, terutama apabila menyentuh perihal pengendalian. Jauh lebih baik ketika mengambil selekoh pada kelajuan agak tinggi. Namun, (dengan jujur) masih belum setanding tahap pengendalian pesaingnya, Proton Iriz. Andaikata pengendalian Myvi (2018) baharu mampu menyaingi Iriz, model ini pasti mencapai tahap perfect 10 yang ada segala-galanya!
Respon enjin juga jauh (berapa banyak jauh daa?) lebih baik apabila pedal minyak diinjak agresif. Perubahan paling ketara yang dapat dirasakan ialah kadar kesenyapan dalam kabin atau NVH yang lebih senyap.
Bagaimanapun, saya tidak dapat menguji kelajuan maksimum hatchback kompak ini kerana keadaan litar kurang mengizinkan. Sama ada bakal mewarisi julukan 'Taliban' atau 'King of the Highway', semua itu masih menjadi tanda tanya dan misteri. Tetapi berdasarkan maklumat beberapa sumber, Myvi baharu ini mampu diasak hingga mencecah 160kmj tanpa sebarang masalah. Saya sudah mula berdebar-debar sambil berkata, wow!
BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu
CIRI ASA - BONUS KEPADA PERODUA
Paling penting, Perodua ialah pengeluar pertama Malaysia menawarkan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (Advanced Safety Assist -ASA) pada kenderaan di bawah harga RM100,000 yang secara tidak langsung memberi 'bonus' besar buat Perodua. Sebagai makluman, ciri ASA hanya ditawarkan pada Myvi 1.5L Advance sahaja, iaitu varian paling premium. Jangan pula nanti tiba-tiba mengamuk di bilik pameran sambil cekak leher salesman dan cakap dia tipu.
Apapun, harus diingatkan, ciri ASA hanya membantu anda mengelak atau mengurangkan impak kemalangan dan bukan bertindak sebagai kenderaan pandu sendiri. Kalau nak kereta automatik, itu Tesla! Ciri ASA juga mempunyai beberapa kelemahan tertentu, dan kami harap dan pasti akan ditambah baik Perodua dari semasa ke semasa.
MAMPUKAH MYVI CURI HATI?
Mampukah Perodua Myvi (2018) baharu memikat hati rakyat Malaysia? Secara peribadi, jika mengambil kira reputasi dimiliki, model popular ini memang mampu menggugat beberapa pesaingnya. Siapa lagi kalau bukan Iriz, termasuk Honda Jazz juga.
Sekali lagi diulangi, Myvi (2018) baharu kali ini memang sedap dipandu, dan bukan sebab ia kereta baharu. Tetapi kalau dapat disuntik ciri pengendalian yang lebih tajam, pasti lebih seronok. Inilah padahnya kalau sudah melenjan banyak kereta sedap. Macam-macam mahu demand. 😛
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?
Pada harga serendah RM44,300 hingga RM55,300 dengan aneka ciri yang mampu menggugat jiwa, apa lagi mahu dikatakan? Ya, memang tidak susah pun Myvi (2018) baharu menjadi model terlaris Perodua dan kesukaan rakyat Malaysia sekali lagi.
Anda pula bagaimana? Apakah Myvi (2018) baharu berjaya mencuri hati?
Tanjung says
Kalau ada 6 speed+paddle shifter+cruise control...perghhh...memang tak fikir panjang dah...downgrade jazz ke myvi ni...hahaha
aken says
mmg duit pocket pon kena tebal ahh nak tambah semua tu wahaha
Taliban says
Downgrade? Myvi n jazz Sama segment kan?? Itu adalah pilihan.
Alson P says
Rekabentuk 'myvi generasi baru' sememangnya jauh lebih baik daripada generasi sebelumnya.. Varian 1.5L menggunakan enjin vios, myvi advance diberikan ciri² lebih baik berbanding vios itu sendiri..
sam says
kalau belakang ada disc brek pon dah ok sgt..nmpak ganaz
Kamil Salleh says
Nak tunggu Alza Advance baru ada ciri-ciri seperti Myvi baru.
Saya gemar yang MPV model Pasti lebih digemari untuk family.
Ada potensi untuk digunapakai sistem di Alza terbaru. Itu cuma tekaan saja tau...
Nahron says
Saya tak berapa minat dgn gear knob yang ada penutup kulit. Ianya seperti model bezza. Lebih baik myvi model dulu dgn gear knob kat dash board yang lebih kemas.
name says
citarasa masing2 bro