MODEL penutup 2017 paling menggegarkan, Perodua Myvi (2018) serba baharu akhirnya dilancarkan secara rasmi selepas lebih seminggu dikecohkan peminat dan pemerhati automotif seantero Malaysia.
Sangat mengejutkan apabila Perodua Myvi (2018) kali ini tampil dengan teknologi serba moden, terutama Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang memuatkan ciri seperti amaran pra perlanggaran dan brek automatik, juga satu-satunya model hatchback subkompak yang memperkenalkan teknologi sebegini.
Pada harga cukup menarik, bermula RM44,300 hingga RM55,300, kehadiran Myvi generasi ketiga itu bukan saja mampu menggugat pesaing tempatan seperti Proton menerusi Iriz, tetapi juga menggoncangkan bakal pembeli Honda Jazz. Apa tidaknya, pada harga RM55,300, anda dapat memperoleh sebuah model premium yang lengkap ciri ASA dan 6-beg udara serta berenjin 1.5L!
Nah, kami hidangkan buat anda fakta ekspres dan foto rasmi Perodua Myvi (2018) serba baharu yang baru saja dilancarkan!
1. TAMPIL 2 VARIAN ENJIN, 2 TRANSMISI
Perodua Myvi baharu (2018) didatangkan dalam 2 varian enjin:
- 1.3L 1NR-VE Dual VVT-i; 94hp @ 6,000rpm; 121Nm @ 4,000rpm (sama seperti Bezza)
- 1.5L 2NR-VE Dual VVT-i; 102hp @ 6,000rpm; 136Nm @ 4,200rpm (sama seperti Vios)
Ada 2 transmisi ditampilkan, Manual 5-kelajuan (1.3L sahaja) dan Automatik 4-kelajuan.
2. ADA 5 VARIAN, HARGA MENARIK
- 1.3L G [MT] - RM44,300
- 1.3L G [AT] - RM46,300
- 1.3L X [AT] - RM48,300
- 1.5L H [AT] - RM51,800
- 1.5L AV [AT] - RM55,300
* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans
3. BOLEH PILIH 6 WARNA
- Granite Grey Metallic (kelabu - 1.5L sahaja) warna BAHARU!
- Peppermint Green Metallic (hijau - 1.3L sahaja) warna BAHARU!
- Lava Red (merah)
- Mystical Purple (ungu)
- Glittering Silver (perak)
- Ivory White (putih)
4. LEBIH JIMAT, PERGI LEBIH JAUH
Myvi (2018) mencatatkan kadar penggunaan bahan api lebih menjimatkan seperti berikut:
- 1.3L - 21.1km/liter
- 1.5L - 20.1km/liter
* Penggunaan bahan api bagi Myvi terdahulu ialah 15.4km/liter.
5. ASA - CIRI KESELAMATAN PALING PREMIUM DALAM KELAS
Inilah bahagian paling menarik, Perodua Myvi (2018) serba baharu menampilkan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (Advanced Safety Assist - ASA) yang terdiri daripada 4 sistem berbeza seperti:
- Amaran Pra Perlanggaran (Pre Collision Warning - PCW)
- Brek Pra Perlanggaran (Pre Collision Braking - PCB)
- Amaran Gerak Depan (Front Departure Alert - FDA)
- Kawalan Salah Operasi Pedal (Pedal Misoperation Control - PMC)
Ini termasuk ciri keselamatan standard lain, dan dipertingkat seperti:
- 4 beg udara (standard); 6-beg udara (1.5 premium)
- Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
- Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
- Kawalan Traksi (TRC)
- Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
- Fungsi lampu follow-me-home
- Sensor undur
- Lampu Signal Henti Kecemasan (ESS)
6. LUARAN MENGANCAM
- Lampu depan LED on-off dengan ciri pelarasan (semua varian).
- Lampu belakang kombi.
- Hendal pintu but.
- Rim 14-inci (1.3L), 15-inci (1.5L) dengan dua tona.
- Kit badan dua tona (1.5L premium).
7. DALAMAN LEBIH SELESA, KEMAS
- Posisi gear diubah pada konsol tengah.
- Slot telefon pintar di kerusi depan
- Kunci pintar dan punat tekan-mula (push/start) dengan ciri Eco Idle (semua varian)
- Paparan skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD
- Konfigurasi 8+1
- Tempat duduk boleh lipat 60:40
Leave a Reply