• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / HR-V RS Muncul dalam Laman Web Honda Jepun, Sudikah Masuk Malaysia?

HR-V RS Muncul dalam Laman Web Honda Jepun, Sudikah Masuk Malaysia?

November 14, 2017 By Han Othman 2 Comments

843
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI JEPUN, Honda HR-V, dikenali sebagai Vezel. Berita terbaru diperoleh daripada laman web rasmi pengeluar itu, model tersebut kini sudah siap sedia di-RS-kan. Apa yang dapat dilihat, Vezel RS tampil dengan fender, lip spoiler depan-belakang warna hitam, dan lampu kabus LED yang tiada pada versi biasa. Selain itu tiada perubahan ketara pada rupa luaran. Ruang dalaman pula mengetengahkan trim hitam semata-mata bersama unit multimedia versi Jepun yang serba canggih.

GAYA BERUBAH, ENJIN MASIH SAMA

Aspek mekanikal turut tidak berubah, masih tetap enjin 4-silinder 1.5L SOHC i-VTEC berkuasa 130hp dan tork 156Nm (versi Jepun), dan tambahan varian elektrik (EV), Vezel RS hybrid dengan motor elektrik (29.5hp, 160Nm). Transmisi digunakan kekal CVT dan tiada pilihan manual ditawarkan.

Harga dan masa pelancaran Vezel RS masih tidak diumumkan, tetapi seperti kami sedia maklum, Honda Malaysia tidak pernah membawa masuk model RS secara rasmi di negara ini. Tetapi mungkinkah ada potensi HR-V menjadi model pertama yang di-RS-kan di Malaysia?

BACA >>> Honda HR-V (2018) Sudah Siap, Perkenal Warna dan Rim Baharu

Mungkin Honda Malaysia boleh gunakan enjin 1.5L DOHC turbo (170hp, 220Nm) seperti yang ada pada model Civic, termasuk menampilkan set multimedia yang sama seperti versi Jepun supaya model RS itu nanti tidak perlu berebut posisi dengan varian premium HR-V sedia ada.

Menarik tak? Rileks, ini baru cadangan!

GALERI

SUMBER: Honda Japan

Related

843
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Crossover, Honda, Honda HR-V, Honda Japan, Honda Jepun, Honda Malaysia, Honda Vezel RS, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Comments

  1. Wak says

    November 15, 2017 at 1:54 PM

    Di malaysia
    HR-V 1.8 142PS
    Tidak sangka pulak di jepun CC enjjinya lebih kecil (1.5)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my