• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Hitachi Perkenalkan Bateri Baharu Berkualiti Tinggi

BERITA AUTO: Hitachi Perkenalkan Bateri Baharu Berkualiti Tinggi

May 22, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Bateri Hitachi MFX & ES - Pandulaju.comPEMILIK automtif negara kini mempunyai lebih banyak pilihan apabila Hitachi memperkenalkan bateri baharu MFX berkualiti tinggi yang hadir bersama jaminan selama dua tahun.

Bagi pasaran tempatan, Borneo Technical Co (M) Sdn Bhd (Borneo Technical), ahli Kumpulan Toyota Tsusho dilantik menjadi pengedar bateri Hitachi sah di Malaysia berkuat kuasa Mei 2015.

Majlis pelancaran disempurnakan Pengarah Urusan Hitachi Chemical Asia-Pacific Pte Ltd (HCAP), Shigeru Fujita bersama Presiden Borneo Technical Takuya Hirano sambal disaksikan oleh Pengurus Besar/Pengarah, Bahagian Jualan & Pemasaran HCAP, Jackie MK Chuah dan Naib Presiden Borneo Technical , YK Chow.

Bateri HitachiBERKUALITI

Diimport sepenuhnya dari Thailand, Hitachi MFX adalah bateri yang menawarkan jaminan paling lama berbanding pesaingnya yang lain. Selain siri MFX, Hitachi turut menawarkan bateri yang dikenali sebagai ES. Beza antara siri MF dan ES adalah dari segi harga dan jaminan.

Bagi ES, ia ditawarkan jaminan selama satu tahun. Biarpun hanya satu tahun, Hitachi tidak berkrompomi dari aspek kualiti di mana setiap produk keluarannya sudah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Dengan slogan “direka untuk tahan lebih lama”, bateri Hitachi bebas dari penyelenggaran dan 100 peratus dibina dengan teknologi dari Jepun selain menjanjikan kebolehpercayaan, mampu milik dan ketenangan minda kepada pemilik kereta.

Bagi anda yang ingin mendapatkan bateri Hitachi baharu ini bolehlah mendapatinya di lebih daripada 5,000 wakil penjual seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Harga siri MFX adalah bermula daripada RM350 untuk satu unit manakala ES pula dijual bermula daripada RM250.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bateri Baharu, Borneo Technical, Borneo Technical Co (M) Sdn Bhd, HCAP, Hitachi Chemical Asia-Pacific Pte Ltd, Hitachi ES, Hitachi MFX, Toyota Tsusho

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my