• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Isuzu ELF Edisi Khas (2015)

PREVIU: Isuzu ELF Edisi Khas (2015)

May 21, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

BAGI mereka yang mengunjungi Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2015 (MIBTC) di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC) hujung minggu lalu pasti tertarik dengan model Isuzu ELF Edisi Khas dipamerkan.

Manakan tidak, trak ringan empat tayar itu menampilkan rekaan yang lebih segar, menarik dan penuh dengan pelbagai ciri baharu seperti mana terdapat pada model sedan mewah.

Bagi anda yang tidak ketahui, Isuzu ELF trak adalah model baharu sepenuhnya meliputi rekabentuk, platform, casis, enjin dan kosmetik. Bukan saja mampu mengangkut muatan banyak,  trak generasi keenam itu turut memiliki ciri rekaan termaju yang menawarkan nilai tambah buat pengguna.

Isuzu ELF Edisi Khas - Pandulaju.comPandulaju.com difahamkan ELF Edisi Khas ini bakal memasuki pasaran tempatan pada penghujung tahun. Walau bagaimana, anggaran harga tidak didedahkan memandangkan ia masih dalam proses perbincangan. Tambahan, pihak Isuzu Malaysia mahu menerima maklum balas orang ramai berkaitan model ini.

Untuk memberi gambaran lebih jelas apakah keistimewaan trak ini, kami akan terangkan satu persatu penambahbaikan yang sudah dilakukan.

LUARAN:

Melihat keseluruhan rekaan trak ini, ia menampilkan banyak ciri terbaharu termasuklah;

  1. Lampu LED Nyalaan Siang
  2. Skirting
  3. Bampar hadapan baharu dengan gril kemasan perak
  4. Rim aloi 6-jejari bersaiz 15 inci bersama tayar 244/70

     

DALAMAN:

Ruangan dalaman turut tidak ketinggalan. Dipenuhi dengan tona warna hitam dan kelabu, antara penambahbaikan dilakukan adalah;

  1. Skrin skrin sesentuh bersama kameran undur
  2. Kerusi separa kulit dengan cetakan ELF
  3. Tombol gear dan stereng dibaluti kulit
  4. Karpet baharu

     

WARNA BAHARU:

  • Platinum grey mica.

PRESTASI:

Model Edisi Khas ini dina unit enjin Turbo Intercooler 4-Silinder DOHC bersesaran 3.0L. Hadir dengan kotak gear transmisi manual 5-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 128hp pada 2,800rpm dan tork puncak 330Nm (1,600-2,600rpm). Kapasiti tangki pula adalah 75L.

HARAPAN:

Mari kita sama-sama menantikan trak ini dan berharap harga ditawarkan tidaklah terlalu mahal untuk memberi peluang lebih ramai pengguna trak ringan untuk memilikinya. Kalau boleh, saya juga mahu kerana memang menarik trak ELF ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ekspo Bas, Isuzu, Isuzu ELF Edisi Khas, Isuzu Malaysia, MIBTC, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2015

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my