Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter Ikonik Bangkit Semula, Lambretta V-Special Kekal Rupa Vintaj, Tampil Ciri Moden
Roda2

Skuter Ikonik Bangkit Semula, Lambretta V-Special Kekal Rupa Vintaj, Tampil Ciri Moden

AryonBy Aryon11/11/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ESTETIKA yang berilhamkan vintaj dan teknologi moden ialah resepi yang terbukti berjaya dalam industri motosikal masa kini. Mana-mana pelusuk dunia pasti ada saja peminat motosikal retro dan klasik yang tidak jemu melakukan menjaga, menyenggara dan melakukan modifikasi ke atas enjin jentera mereka.

Kini, demi memuaskan hati kelompok penggila tersebut, jenama skuter Itali klasik, Lambretta memunculkan semula jentera vintaj ikonik menerusi model V-Special serba baharu.

Bagi menghasilkan jentera baharu ini, Lambretta memilih studio rekabentuk Austria, KISKA yang pernah menghasilkan beberapa model seksi KTM, sebagai perunding rekaan. Berdasarkan rundingan dengan komuniti pencinta Lambretta, KISKA menghasilkan rekabentuk yang berteraskan DNA model Lambretta asal.

RUPA KLASIK, ENJIN MODEN

Badan besi, komponen aluminium tempa, dan panel sisi boleh ganti, kini boleh didapati dalam material gentian karbon. Di sebalik penampilan serba vintaj, V-Special menawarkan komponen, ciri dan teknologi moden. Antaranya ialah brek cakera depan dan belakang, lampu LED penuh, sambungan Bluetooth, paparan meter digital dengan spidometer analog.

Enjin didatangkan dalam tiga varian – 50cc, 125cc, dan 200cc. Bersama unit kuasa moden, pilihan varian, rekabentuk moden menggiurkan dan rangkaian pengedaran global terancang, Lambretta nampaknya serius mahu mencetuskan revolusi baharu jenama ikonik itu.

Berikut harga tiga varian Lambretta V-Special:

  • V50 Special – AS$3,250 (RM13,606)
  • V125 – AS$3,940 (RM16,494)
  • V200 – AS$19,425 (RM)

Semua harga di atas adalah berasaskan kadar tukaran semasa matawang Euro kepada Dolar Amerika. Harga untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara mungkin berbeza. Skuter ilham retro itu dijadualkan berada di bilik pameran seluruh Eropah dan Amerika Syarikat sekitar Februari 2018. Lambretta turut merancang mengeluarkan model sport, enjin bersesaran besar dan versi elektrik.

GALERI

SUMBER: RideApart

EICMA 2017 Lambretta Lambretta V-Special motosikal Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 roda2 skuter
Aryon

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.