• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Myvi Baharu (2018) Sah Dilancarkan 16 November Ini

Perodua Myvi Baharu (2018) Sah Dilancarkan 16 November Ini

November 11, 2017 By Abang GYL 2 Comments

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAMAI bertanya, bilakah tarikh pelancaran Perodua Myvi Baharu (2018)? Menurut laman Facebook Perodua, model paling laris seantero Malaysia yang juga gah dengan julukan 'Taliban' dan 'King of the Highway' itu sah akan dilancarkan pada 16 November ini.

Tempahan juga sudah dibuka. Seperti dimaklumkan, Perodua Myvi baharu (2018) didatangkan dalam lima varian dengan dua pilihan enjin iaitu 1.3L dan 1.5L.

HARGA

  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G Manual - RM44,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G Auto - RM46,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L X Auto - RM48,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L H Auto - RM51,800
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L AV Auto - RM55,300

perodua myvi baharu 20182 PILIHAN ENJIN

Perodua Myvi baharu (2018) hadir dengan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3L dan 1.5L Dual VVT-i yang kini dipasang pada model Bezza dan Vios baharu. Bahagian transmisi pula masih mengekalkan kotak gear automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan.

  • 1.3L - 94hp @ 6,000rpm, 121Nm @ 4,000rpm
  • 1.5L - 102hp @ 6,000rpm, 136Nm @ 4,200rpm

BACA >>> 6 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Myvi Baharu (2018) - Harga Bermula RM44,300

Paling menarik, Perodua Myvi baharu (2018) didatangkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju atau Advanced Safety Assist (ASA). Malah, varian premium dipadankan dengan enam beg udara, manakala versi standard diberikan empat beg udara.

Jika mahu mengetahui lebih lanjut, nantikan ulasan pandu uji Perodua Myvi Baharu (2018) tidak lama lagi!

GALERI

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
Perodua Myvi Baharu 2018
Peppermint Green
Mystical Purple
Lava Red
Ivory White
Granite Grey
Glittering Silver

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga myvi 2018, harga myvi baru, myvi 2017, Myvi baru, pelancaran myvi baru 2018, perodua myvi baharu 2018

Comments

  1. Saga3 says

    November 11, 2017 at 8:46 PM

    Setakat 11.11.17 ASEAN ncap belum mengeluarkan keputusan ujian tahap keselamatan myvi Generasi baru..

    https://www.aseancap.org/v2/?s=all&post_type=car_result

    Saya percaya myvi advance capai tahap 5-bintang..

    Reply
  2. Aqasha says

    November 14, 2017 at 2:17 PM

    Aku rasa designer yg buat emblem MYVI baru ni mesti peminat horror & thriller movie

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev