• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terowong Angin Baharu Volkswagen Mampu Cetuskan Kelajuan Angin 250kmj

Terowong Angin Baharu Volkswagen Mampu Cetuskan Kelajuan Angin 250kmj

November 12, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN (VW) nampaknya seperti tidak sabar mahu menakluk pasaran automotif dunia untuk tempoh lebih lama. Menakjubkan, pengeluar dari Jerman ini seakan tidak terjejas walaupun terbabit dalam skandal diesel di Eropah sepanjang tahun ini.

Melangkah ke masa hadapan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jenama VW, Dr Herbert Diess mengumumkan pasukan pembangunan VW kini sedang terbabit dengan lebih 50 projek baharu yang mana menjelang 2020, semua portffolio produk akan diperbaharui sebelum diperluaskan dalam segmen utama.

Projek mega itu bukan saja memerlukan pembiayaan besar, tetapi juga kemudahan berteknologi tinggi dan bagi menyokong cita-cita besar tersebut, VW mengambil inisiatif membuka Pusat Kecekapan Terowong Angin baharu di Wolfsburg, Jerman.

TEROWONG ANGIN PALING MODEN

vw-wind-tunnel-7
Volkswagen wind tunnel
vw-wind-tunnel-3
vw-wind-tunnel-6
vw-wind-tunnel-8
vw-wind-tunnel-1
vw-wind-tunnel-2
vw-wind-tunnel-4
vw-wind-tunnel-5

Pusat berkenaan, dengan keluasan 8,800 meter persegi adalah salah satu fasiliti terowong angin paling moden dan cekap industri, serta menepati penarafan Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP). Apa yang mengujakan, setiap kenderaan boleh diuji pada kelajuan angin hingga 250kmj, menyamai situasi lalu lintas sebenar yang bertujuan mengurangkan seretan, penggunaan bahan api dan pelepasan emisi.

Malah, terowong angin tersebut mampu menjadi simulasi pemanduan berdasarkan sebarang keadaan iklim dan alam sekitar seluruh dunia daripada suhu -30°C dan +60°C, yang boleh diibaratkan geografi terpanas dan tersejuk atas muka bumi ini dibawa terus ke Wolfsburg, Jerman.

Penubuhan pusat itu juga membolehkan Volkswagen Group mengurangkan kos ujian yang sebelum ini terpaksa dijalankan di kawasan terpencil dunia. Ini termasuk memanfaatkan kerjasama aspek pembangunan seperti keselamatan kenderaan, rekabentuk, akustik dan keselesaan secara lebih optimum.

UJIAN KONVENSIONAL LEBIH CEPAT

Projek terowong canggih berkenaan sebenarnya sudah bermula sejak Jun 2014. Walaupun teknologi perisian komputer sekarang sudah hebat, tetapi terowong angin masih penting untuk penilaian homologasi dan pelbagai pembaikan terperinci terhadap kenderaan.

Contohnya, nilai seretan aerodinamik (aerodynamic drag value) boleh ditentukan dalam masa kira-kira 20 minit, sebaliknya pengiraan komputer mengambil masa beberapa hari.

* Di bawah ini ialah contoh kenderaan masa hadapan VW - Volkswagen I.D. Buzz yang diilhamkan daripada model VW  Kombi

VW I.D. BUZZ - VW Combi bakal kembali
VW I.D. BUZZ - VW Combi bakal kembali
VW I.D. BUZZ.02
VW I.D. BUZZ.03
VW I.D. BUZZ.04
VW I.D. BUZZ jelmaan semula VW Combi
VW I.D. BUZZ jelmaan semula VW Combi
VW I.D. BUZZ.06
VW I.D. BUZZ jelmaan semula VW Combi
VW I.D. BUZZ jelmaan semula VW Combi
VW I.D. BUZZ.08

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Dr Herbert Diess, terowong angin, Volkswagen, Volkswagen Group, vw, Wind Tunnel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev