SELAIN pengeluar motosikal ternama yang hadir mempamerkan model baharu masing-masing sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, pengeluar dari Taiwan dan sekutu perdagangan Modenas di Malaysia, iaitu KYMCO turut tidak ketinggalan menyertai acara hebat itu.
KYMCO menggunakan platform EICMA untuk mempamerkan skuter maxi, XCITING 400 S baharu sebagai pengganti kepada XCITING 400 yang popular dengan aspek pengendalian tangkas, prestasi hebat dalam kelas dan hantaran kuasa lancar.
Model baharu itu, digelar Sport Touring, berjaya mengatasi prestasi model terdahulu yang pernah dipasarkan di Malaysia pada harga RM28,000.
CIRI KYMCO XCITING S 400 (2018)
- Rekabentuk berasaskan falsafah Powerful Simplicity.
- Dilengkapi lampu siang (DRL) pertama mengikut piawaian ECE.
- Lampu belakang LED.
- Tork 37.7Nm.
- Mengggunakan suspensi depan double bridge yang biasa ada pada motosikal berkuasa besar.
- Penggantung gandar (axle hanger) direka semula untuk gabungan lebih kukuh antara enjin dan frem.
- Penyandar pelana dibesarkan untuk lebih sokongan tunggangan.
- Cermin depan boleh laras manual.
- Hendal bentuk V direka semula supaya paparan maklumat meter mudah dibaca.
- Ciri ergonomik dan kemudahan ditambah baik untuk lebih keselesaan.
- Dilengkapi Noodoe Navigation, iaitu sistem navigasi pertama dunia yang menumpukan kepada penunggang dan aspek keselamatan.
- KYMCO XCITING S 400 bakal diedarkan secara rasmi bermula tahun hadapan.
Lau s.k. says
kymco 400 s
sales in malaysia ?
i am interested