SHELL Lubricants melancarkan minyak pelincir untuk rangkaian enjin (driveline) dalam usaha membantu industri kenderaan berat mengurangkan kos operasi.
Shell menawarkan rangkaian pelincir lengkap yang mampu melindungi semua komponen rangkaian enjin termasuklah minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula; minyak gandar, transmisi dan gear Shell Spirax; serta gris Shell Gadus.
Pengurus Besar Shell Lubricants, Malaysia & Singapura, Leslie Ng yakin pengenalan produk baharu ini dapat menghasilkan nilai lebih tinggi dengan mengurangkan kos operasi.
Tambah Leslie, Shell Lubricants kini mempunyai senarai pelanggan yang berpuas hati meliputi pelbagai industri berbeza seperti pertanian, simen, kuari, pengangkutan dan pembinaan.
Buktinya, NB Heavy Industries Sdn Bhd yang berpangkalan di Sibu berjaya mengurangkan kos operasi tanpa menjejaskan masa penggunaan sejak menggunakan minyak enjin diesel tugas berat teknologi sintetik Shell Rimula R5 LE 10W-40. Ia mampu mengharungi perjalanan jarak dekat dan jauh dalam keadaan lampau serta bertekanan tinggi ke seluruh pelosok Sarawak.
Leave a Reply