• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 6 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Myvi Baharu (2018) - Harga Bermula RM44,300

6 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Myvi Baharu (2018) - Harga Bermula RM44,300

November 8, 2017 By Abang GYL 11 Comments

15.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH masa dinanti-nanti. Tempahan bagi Perodua Myvi baharu (2018) kini secara rasmi dibuka dan dijual pada harga bermula RM44,300 hingga RM55,300.

Perodua Myvi baharu (2018) didatangkan dalam 5 varian dengan 2 pilihan enjin, 1.3L & 1.5L. Hari ini, kami paparkan 6 perkara menarik yang perlu anda tahu mengenai Perodua Myvi baharu (2018).

1. HARGA

  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G Manual - RM44,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G Auto - RM46,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L X Auto - RM48,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L H Auto - RM51,800
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L AV Auto - RM55,300

* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans

Peppermint Green
Peppermint Green
Mystical Purple
Mystical Purple
Lava Red
Lava Red
Ivory White
Ivory White
Granite Grey
Granite Grey
Glittering Silver
Glittering Silver

2. ENAM PILIHAN WARNA

  • Granite Grey Metallic - 1.5L sahaja
  • Peppermint Green Metallic - 1.3L sahaja
  • Lava Red
  • Mystical Purple
  • Glittering Silver
  • Ivory White

3. ENJIN SAMA SEPERTI BEZZA

Perodua Myvi baharu (2018) hadir dengan enjin DVVT-i sedia ada dengan unit Toyota 1NR-VE 1.3L (seperti Bezza) dan 2NR-VE 1.5L (Vios baharu). Sementara, bahagian transmisi masih mengekalkan kotak gear automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan.

  • 1.3L - 94hp @ 6,000rpm; 121Nm @ 4,000rpm
  • 1.5L - 102hp @ 6,000rpm; 136Nm @ 4,200rpm
Perodua Myvi Baharu (2027)_PanduLaju
Perodua Myvi Baharu (2026)_PanduLaju
Perodua Myvi Baharu (2021)_PanduLaju
Perodua Myvi Baharu (2020)_PanduLaju
Perodua Myvi Baharu (2019)_PanduLaju

4. PENGGUNAAN BAHAN API

  • Perodua Myvi (2018) 1.3L - 21.1km per Liter
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L - 20.1km per Liter

Penggunaan bahan api bagi Perodua Myvi versi sedia ada ialah 15.4km/liter.

5. CIRI KESELAMATAN PREMIUM

Paling menarik, Perodua Myvi baharu (2018) didatangkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) dan lebih istimewa, versi premium model popular Perodua itu dipadankan 6 beg udara, manakala versi standard, 4 beg udara.

6. CIRI-CIRI MENARIK LAIN MENGENAI PERODUA MYVI BAHARU (2018)

Berikut informasi yang perlu anda ketahui tentang model Perodua Myvi baharu (2018):

  1. Lampu depan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.
  2. Lampu belakang didatangkan dengan desain kombi yang mirip model Kia Rio. Pembuka pintu but belakang menggunakan konsep sama pada model Axia baharu.
  3. Ruangan roda Perodua Myvi (2018) masih mempertahankan rim bersaiz 14-inci bagi 1.3L manakala varian 1.5L dipadankan dengan rim 15-inci dua tona. Ini sudah bagus!
  4. Selain pilihan warna merah, putih dan perak, Perodua turut memperkenalkan warna baharu, iaitu kelabu dan hijau.
  5. Sementara itu, rekabentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik.
  6. Posisi gear diletakkan pada konsol tengah, manakala butang penghidup tekan-mula (push/start) ditawarkan sebagai ciri standard semua varian.
  7. Varian tertinggi menerima skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.

Tunggu apa lagi. buat tempahan di mana-mana bilik pameran Perodua sekarang.

GALERI

Peppermint Green
Ivory White
Mystical Purple
Glittering Silver
Granite Grey
Lava Red
Perodua Myvi Baharu 2018

Related

15.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin perodua myvi baharu, harga myvi 2018, harga myvi baru, harga perodua myvi baharu, myvi 2017, perodua myvi baharu, perodua myvi baharu 2018, perodua myvi baru, tempahan perodua myvi baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev