• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Rancang Hasilkan Polo R, Lebih Berkuasa Berbanding Golf GTI, R?

Volkswagen Rancang Hasilkan Polo R, Lebih Berkuasa Berbanding Golf GTI, R?

November 5, 2017 By Azhan O 4 Comments

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN khabarnya sedang berkira-kira mahu mengembangkan famili R, di mana kenderaan utiliti sukan (SUV), T-Roc dijangka menjadi model baharu yang akan diberikan suntikan prestasi tinggi. Ini termasuk mencari pengganti kepada Scirocco R yang baru saja dihentikan pengeluaran.

Namun, ramai menjangka model paling munasabah dan realistik untuk di-R-kan ialah Polo. Ini dikuatkan lagi dengan berita yang mendakwa pengeluar automotif Jerman itu kini sudah membina beberapa prototaip Polo R bagi tujuan penilaian.

BACA >>> Inilah Volkswagen Polo (2018) Paling Besar, Tampilkan Teknologi Termaju dan Jimat Minyak

Khabarnya, model tersebut bakal dikuasakan enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo, yakni unit sama yang ada pada Golf R dengan hamburan kuasa sekitar 300hp. Polo R juga  dikatakan berupaya menampung sistem pacuan empat-roda (4WD) yang mampu menambah baik aspek traksi dan kestabilan.

Bagaimanapun, ramai berpendapat kehadiran Polo R dengan spesifikasi hebat itu bakal menjejaskan model-model prestasi Volkswagen sedia ada. Apa tidaknya, hatchback segmen-B itu dikatakan akan jadi lebih pantas daripada Golf GTI, malah Golf R juga. Begitu juga harga yang diramalkan meroket tinggi.

Pada masa sama trenkuasa itu juga akan digunakan jenama subsidiari lain di bawah Volkswagen Group seperti Skoda dan SEAT.

GALERI

* Volkswagen Polo R WRC Limited Edition

VW-Polo-R-WRC-1
VW-Polo-R-WRC-2
VW-Polo-R-WRC-3
VW-Polo-R-WRC-4
VW-Polo-R-WRC-5
VW-Polo-R-WRC-6
VW-Polo-R-WRC-7
VW-Polo-R-WRC-8
VW-Polo-R-WRC-9
VW-Polo-R-WRC-10

Related

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Volkswagen, Volkswagen Polo, Volkswagen Polo R, vw

Comments

  1. Yazid says

    November 6, 2017 at 7:45 AM

    Saya ingin membeli volkswagen jetta model 2012..Adakah service dan sparepart volswagen jetta ini mahal ???

    Reply
    • VW Owner says

      November 6, 2017 at 3:39 PM

      mahal gila bro......saya pakai passat cc 2.0 sportline pon sakit nak bayar left front absorber.2.5k je.tu pn import dr singapore

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev