• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vespa 946 Red Edition - Model Khas Sempena Perangi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria

Vespa 946 Red Edition - Model Khas Sempena Perangi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria

November 4, 2017 By Admin PanduLaju 2 Comments

486
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PT Piaggio Indonesia memperkenalkan Vespa 946 RED Edition buat peminat model Vespa dan pengumpul koleksi. Skuter edisi khas berselimut warna merah Ferrari itu dijual pada harga Rp199,000,000 (RM6,169).

Vespa 946 RED Edition ialah kolaborasi terbaru Piaggio yang sebelum ini bekerjasama dengan Giorgio Armani menerusi edisi khas Vespa 946 Emporio Armani. Jika dibandingkan Vespa moden lain, model edisi istimewa kali ini menampilkan rekabentuk futuristik tanpa menghilangkan imej retro khas yang sebati dengan jenama ikonik itu. Nama 946 itu sendiri diambil daripada tahun kelahiran jenama berkenaan pada 1946.

BACA >>> Ketahui 8 Pembaharuan Vespa S125, Kini dengan Enjin i-GET

Perubahan hanya dilakukan pada rekabentuk, manakala aspek mekanikal masih sama dengan enjin bersesaran 150cc. Model dibangunkan daripada model prototaip MP6 itu memiliki profil badan ramping dengan bentuk hendal dan lampu  futuristik serta ditambah panel instrumen digital.

KOMPONEN ALUMINIUM

VESPA_946_RED_EDITION (6)
VESPA_946_RED_EDITION (9)
VESPA_946_RED_EDITION (5)

Lebih menarik, model berkenaan didatangkan dengan komponen aluminium pada madgad dan pelindung sisi yang berfungsi menampung enjin, transmisi dan komponen mekanikal lain. Bagi memastikan keselamatan maksimum, sistem brek menggunakan cakera berkembar dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, termasuk dipasang ciri Kawalan Traksi ASR.

Piaggio turut menawarkan aksesori yang dijual secara berasingan seperti beg kulit untuk dipasang pada rak belakang dan pengadang angin, beg tote dan cawan.

BACA >>> Beli Vespa, Percuma Lesen Motosikal B2

Vespa 946 RED Edition ialah model eksklusif hasil kerjasama Vespa dengan organisasi kesihatan, RED. Model itu dilancarkan sebagai bukti sumbangan kedua-dua pihak dalam memerangi penyakit AIDS, tuberkulosis (batuk kering), dan malaria di negara membangun.

Bagi setiap model yang terjual, Piaggio akan menyumbangkan AS$150 (RM 664) sebagai dana bagi aktiviti Global Fund.

KREDIT FOTO: Kumparan

GALERI

VESPA_946_RED_EDITION (9)
VESPA_946_RED_EDITION (5)
VESPA_946_RED_EDITION (6)
VESPA_946_RED_EDITION (8)
VESPA_946_RED_EDITION (1)
VESPA_946_RED_EDITION (2)
VESPA_946_RED_EDITION (3)
VESPA_946_RED_EDITION (4)
VESPA_946_RED_EDITION (7)

Related

486
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Indonesia, motosikal, roda2, skuter, Vespa, Vespa 946 RED Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026, Gaya Klasik Untuk Pasaran Jepun, RM20.5 Ribu
    Honda GB350 C 2026, Gaya Klasik Untuk Pasaran Jepun, RM20.5 Ribu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia
    U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev