• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda EX5 Fi Edisi Terhad - Kekal Sebagai Motosikal Paling Lama Bertahan di Malaysia

Honda EX5 Fi Edisi Terhad - Kekal Sebagai Motosikal Paling Lama Bertahan di Malaysia

November 3, 2017 By Abang GYL 1 Comment

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Harga Honda EX5 Fi Edisi TerhadBERSEMPENA meraikan sambutan ulang tahun ke-30 di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda EX5 Fi Edisi Terhad dengan penampilan lebih menarik.

Honda EX5 Fi Edisi Terhad ini didatangkan dalam dua rekaan iaitu Self/Drum/Spoke dan Self/Drum/Cast.

HARGA (Termasuk GST)

  • Honda EX5 Fi Edisi Terhad (Self/Drum/Spoke) – RM5,309.54
  • Honda EX5 Fi Edisi Terhad (Self/Drum/Cast) – RM5,563.94
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad

Pengenalan Honda EX5 Fi Edisi Terhad itu turut meraikan pencapaian pengeluaran motosikal Honda yang ke-100 juta unit di dunia. Honda EX5 masih lagi kekal sebagai motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia buat masa ini.

Mula diperkenalkan pada 1987, Honda EX5 sudah terbukti sebagai motosikal paling tahan lasak dan ia masih lagi kekal relevan sehingga hari ini. Untuk pasaran Malaysia saja, sebanyak dua juta unit Honda EX5 sudah terjual. Wow!

APA YANG BAHARU?

Model EX5 Fi Edisi Terhad itu didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu merah dan hitam. Kemasan terkini boleh dilihat menerusi lencana 30th Anniversary pada bahagian pelana dan cub depan serta bahagian sisi belakang EX-5 berkenaan.

Pelana didatangkan dengan padanan warna hitam dan putih. Selain itu, pada bahagian cub depan juga dipadankan dengan tiga jalur berlainan warna. Turut tersedia pemegang belakang dengan kemasan krom manakala varian rim jejari menerima semburan cat berwarna emas pada bahagian rim

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Kata Honda EX5 Tak Power?

Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH, Nobuhide Nagata berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian EX5 yang telah menyumbang terhadap landskap pengangkutan di Malaysia sejak dari 1987.

Tambahnya, pengenalan Honda EX5 Fi Edisi Terhad adalah sebagai tanda sumbangan kami ke arah pencapaian pengeluaran sebanyak 100 juta unit dalam Siri Super Cub di peringkat global.

Dari aspek mekanikal, Honda EX5 Fi Edisi Terhad masih didatangkan dengan enjin sama iaitu 109.1 cc lejang tunggal penyejuk udara. Dikuasai unit sistem bahan api PGM-Fi Honda, ia mampu menghasilkan 8.35hp pada 7,500rpm dan 8.4Nm tork (6,000rpm).

Maklumat lanjut mengenai Honda EX5 Fi Edisi Terhad, layari laman Facebook BSH di  www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda atau talian bebas tol 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang, kecuali pada Cuti Umum).

BACA >>> 10 Nama Terbaik Motosikal di Malaysia, Senang Sebut dan Mudah Ingat

GALERI

Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Rim Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Harga Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Harga Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad
Honda EX5 Fi Edisi Terhad

Related

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Boon Siew Honda, Enjin Honda EX5 Fi Edisi Terhad, EX5, Harga Honda EX5 Fi Edisi Terhad, Honda EX5 30 anniversary, Honda EX5 Fi Edisi Terhad, Honda EX5 Fi Edisi Terhad 2017, Honda EX5 Fi Edisi Terhad Malaysia, Honda EX5 Fi Limited Edition, Nobuhide Nagata

Comments

  1. Awanglokan says

    December 25, 2017 at 8:48 PM

    Ape sal bngang tul xbuat ex5 fi 125 ke 150 baru gmpak ini hampeh 110cc

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev