• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PANDU UJI: Kia Cerato Koup Superb!!!

PANDU UJI: Kia Cerato Koup Superb!!!

May 15, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Kia Cerato Koup - Pandulaju.comBAGI anda yang mahu melihat model Kia Cerato Koup secara eksklusif bolehlah berkunjung ke One Utama Damansara sehingga Ahad ini (17 Mei 2015). Kalau tak pergi, nanti jangan menyesal kerana Cerato Koup pasti membuatkan anda terpikat sebaik melihatnya.

Kenapa saya berkata begitu? Lihat saja rekabentuknya sudah mampu membuatkan anda menjadi tidak keruan. Dari aspek rekabentuk, model 2-pintu ini tampil hampir sama seperti 'abangnya', Kia Cerato. Bezanya 2-pintu atau 4-pintu. Begitu juga dengan prestasi dihamburkan.

Lebih menyeronokkan, saya bersama rakan media permotoran lain turut diberi peluang memandu uji model ini untuk merasai sendiri kehebatannya. Biarpun hanya sejam diberikan, masa yang singkat itu tidak disia-siakan dan saya akan ulaskan satu-persatu kehebatan jentera ini.

Kia Cerato Koup - Pandulaju.comLUARAN - Menonjol

Jika profil Cerato dengan penampilan Tiger Roar yang lebih menonjol, bukaan mulut Cerato Koup agak malu-malu.

Penampilan gril sarang lebah rona hitam yang dililit dengan kemasan krom disempurnakan dengan barisan lampu LED nyalaan siang yang melatari atas lampu utama. Kemudian ia diapit set bampar bergril bersama rekabentuk lampu kabus unik dengan lilitan LED.

Dari jauh atau dekat, keaslian rekabentuk dapat dilihat di setiap sudut. Ahh, betapa sukar mencari kejanggalan Cerato Koup yang mampu membuatkan anda menidakkan keanggunan kereta ini.

Imej sporty dan moden turut terserlah menerusi penampilan rim aloi 18 inci dengan bancuhan perak dan hitam termasuk tambahan garis maskulin sepanjang bawah badan Cerato Koup.

Kia Cerato Koup - Pandulaju.comDALAMAN - Material Premium

Memasuki ruang dalaman, ia nyata memenuhi standard kualiti tinggi sama ada dari segi rekabentuk, kualiti binaan dan metarial serta keselesaan.

Tidak keterlaluan jika saya menyatakan kualiti kabin menyamai kenderaan saiz pertengahan dan premium yang dipandu golongan VIP atau tauke yang duitnya berkepuk.

Saiz atau lebar pintu sedikit panjang berbanding model Cerato. Apapun, Cerato Koup masih mengekalkan cukup ruang untuk kaki jika duduk pada bahagian belakang, Cuma terasa agak rendah apabila kepala sering kali terkena pada bahagian bumbung.

Selain itu, antara elemen standard turut ditampilkan termasuklah sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, kluster LCD Supervision 4.2 inci dengan kamera undur dan bumbung panoramik.

PRESTASI - Superb!

Cerato Koup dijanakan enjin 1.6L Gamma T-GDI (Turbocharged Gasoline Direct Injection). Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 202hp.

Pecutan dari sifar hingga 100kmj mampu dilakukan sepantas 7.4 saat dengan kelajuan maksimum sehingga 222kmj.

Kia Cerato Koup - Pandulaju.comPANDU UJI

Sudah pandu kereta prestasi tinggi, mesti kena tekan pedal lebih sikit untuk dapatkan kelajuan maksimum. Tetapi pastikan ia dipandu selamat dan tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.

Mencapai kelajuan 180kmj tidak menjadi penghalang buat sedan negara K-Pop ini membelah lebuh raya. Walaupun badan kereta terasa terapung apabila menempuh permukaan jalan beralun, tetapi posisi penmanduan masih stabil.

Melayan selekoh pula sememangnya menyeronokkan. Sentakan kurang terasa apabila menrunkan gear dan stereng bertindak responsif.

Kestabilan memecut laju juga banyak dibantu mod stereng Cerato Koup. Ada tiga mod ditawarkan, iaitu Comfort, Normal dan Sport. Selain itu, enjin agak senyap dalam kealjuan stabil dan mengaum apabila pedikit ditekan mendadak.

Kia Cerato Koup - Pandulaju.comKESIMPULAN

Dengan anggaran harga jualan sekitar RM150,000, keyakinan memandu dikuatkan lagi dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mendaki (HAC) dan ISOFIX.

Secara kesimpulan, mungkin ada yang kata mahal, namun jika dibandingkan nilai tersebut dengan apa yang diperolehi dalam kelas sama, anda pasti setuju dengan harga ditawarkan. Apa-apapun, saya boleh sifatkan Kia Cerato Koup ini SUPERB!!!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Kia Cerato, Kia Cerato Koup, Naza Kia Malaysia, Pandu uji, Pandu Uji Kia Cerato Koup, Test Drive

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my