• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mara Liner Dilantik Wakil Sah Servis & Jualan Bas Elektrik Go Automobile

Mara Liner Dilantik Wakil Sah Servis & Jualan Bas Elektrik Go Automobile

October 31, 2017 By Abang GYL 1 Comment

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

bas elektrik mara linerGO Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GO Automobile) bersama Mara Liner Sdn Bhd (MLSB) dan Higer Bus Company Limited menjalinkan kerjasama strategik bagi menjalankan pembangunan, pembuatan serta kejuruteraan bagi penghasilan bas elektrik untuk pasaran tempatan.

Menerusi kerjasama itu, MLSB dilantik sebagai wakil sah jualan selain menyediakan perkhidmatan selepas jualan bagi semua produk Go Auto termasuklah bas elektrik.

Bas Elektrik Go AutoPengarah Eksekutif GO Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pihaknya turut menyerah seunit bas elektrik kepada MLSB bagi tujuan latihan dan penyelidikan.

" Kami berbesar hati kerana diberikan peluang oleh MLSB. Kerjasama ini  dianggarkan menelan kos pelaburan lebih daripada RM30 juta selain bakal melonjakkan lagi GO Automobile dan MLSB dalam industri pengangkutan negara lebih berdaya saing dalam teknologi kenderaan elektrik (EV).

" Ini secara tidak langsung meletakkan GO Automobile sebagai antara syarikat peneraju utama yang komited mahu membangunkan ekosistem EV secara serius.

" Pihak kami juga berbangga apabila terus diberikan kepercayaan dan komited mahu membangunkan komponen EV untuk pasaran Malaysia dan ASEAN,” tambah Azli lagi.

BACA >>> Go Auto Bakal Lancar Bas Elektrik Hujung Tahun Ini

Bas Elektrik Go Auto
Bas Elektrik Go Auto
Bas Elektrik Go Auto

Pada April lalu, Go Automobile & MLSB menandatangai majlis perjanjian persefahaman (MoU) dalam acara Memacu Agenda Bumiputera yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan perjanjian itu, GO Automobile bakal membekal bas elektrik kepada MLSB bagi program di bawah UNIBUS Initiative yang akan dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada Januari 2018 sebelum meneruskan ke universiti pengajian awam lain.

Related

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bas elektrik, bas elektrik mara liner, go automobile, mara, mara liner

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev