SEHINGGA September 2017, Proton berjaya merekodkan penjualan sebanyak 56,297 unit kenderaan, iaitu naik 12.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu (50,091) meskipun berhadapan keadaan ekonomi yang mencabar.
Daripada jumlah berkenaan, Proton Saga ialah model paling laku dengan mencatatkan penjualan sebanyak 24,061 unit dan diikuti dengan Persona (15,448).
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, kedua-dua model itu yang diperkenalkan pada tahun lalu berjaya melonjakkan angka jualan menjadi lebih baik.
Tambah Rashid, jumlah jualan bagi kedua-dua model berkenaan juga lebih baik berbanding 2016 iaitu peningkatan sebanyak 9,661 unit. Proton Persona merekodkan kenaikan jualan sebanyak 90 peratus pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada 2016.
" Pendekatan yang diambil sekarang adalah dengan membawa kereta Proton dekat kepada pelanggan dan nampaknya ia berjaya membuahkan hasil. Proton kini sedang giat menjalankan siri jelajah dengan lebih agresif dan memasuki ke lokasi kawasan sibuk terutamanya pada hujung minggu.
" Kami juga sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia dengan memberi penerangan mengenai ciri-ciri yang ada pada semua model Proton. Kebanyakkan model Proton juga diiktiraf ASEAN NCAP 5-bintang.
" Kehadiran rakan strategik baharu Proton, Geely juga ternyata pilihan bijak bagi memastikan syarikat dapat terus kekal berdaya saing di pasaran," katanya.
BACA >>> Terimalah Promosi 'Gila-Gila' Proton Sepanjang Oktober 2017 - Siap Tawar Servis Percuma 5 Tahun!
BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium - Najmie Adib Kongsi Pengalamannya...
Dalam pada itu, Proton terus giat menjalankan promosi '5 Nilai Hebat' dengan menawarkan waranti dan servis percuma selama 5 tahun bagi setiap pembelian kereta Proton di seluruh negara.
Ini bermakna, anda tidak perlu bayar sesen pun ketika menghantar kenderaan untuk disenggara, termasuk kos alat ganti, minyak pelincir dan upah. Semua percuma!
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800-888-398 atau e-mel di [email protected].
Anda juga boleh layari www.proton.com atau Facebook rasmi Proton di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, anda boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store secara percuma.
BACA >>> Inilah 8 Kemudahan yang Anda Boleh Dapat dengan Aplikasi MyProton
Ahmad says
Apa jadi kepada proton Iriz?
Suprima S & Preve perlu update features. Brg masih thn 2012/2013. Skrg 2017.. nampak bezza & persona lebih baik features dpd preve/suprima S. Atau tukar nama suprima S kpd proton satria..
Mantop says
Jumlah gabungan Persona & Saga terjual pun tak dpt lawan jumlah jualan Bezza. Padahal, Bezza merupakan model ke-3 terlaris dalam keluarga perodua. Terlaris ialah Axia & Myvi..