• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW M5 MotoGP Jadi Kereta Keselamatan Musim 2018

BMW M5 MotoGP Jadi Kereta Keselamatan Musim 2018

October 31, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERLUMBAAN MotoGP sudah hampir ke peringkat akhir dan sang juara bakal dinobatkan tidak lama lagi. Walaupun sudah menghampiri penamat, tetapi perlumbaan motosikal paling berprestij dunia itu sentiasa meriah hingga ramai yang tidak sabar menanti saingan musim hadapan bermula.

Tidak kira apa pun spekulasi atau telahan, BMW terlebih dahulu memulakan kempen MotoGP dengan mengumumkan jentera baharu musim hadapan. Jentera dimaksudkan ialah kereta keselamatan BMW M5 MotoGP. Kereta premium berprestasi tinggi itu akan dijadikan kenderaan utama untuk memantau dan memeriksa keselamatan litar.

BACA >>> Kereta Keselamatan BMW M Division - Kerjasama 2 Dekad dalam MotoGP

Seperti namanya, kereta itu disediakan BMW M GmbH, iaitu subsidiari di bawah BMW AG. Walaupun sudah sedia mempunyai prestasi hebat, tetapi kereta tersebut tetap diubah suai supaya lebih tangkas dan sebati dengan 'pejabat', iaitu atas litar lumba.

Berikut Ciri Kereta Keselamatan BMW M5 MotoGP

Inspirasi

Rekabentuk kereta keselamatan BMW M5 MotoGP diilhamkan daripada kereta perlumbaan BMW M8 GTE baharu yang bakal bersaing dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans, tahun hadapan.

Trenkuasa dan casis

  • Menggunakan enjin 4.4L V8 dengan teknologi M TwinPower Turbo.
  • Berkuasa 600hp dengan tork 750Nm.
  • Hanya memerlukan 3.4 saat untuk memecut 0 hingga 100kmj.
  • Transmisi M Steptronic 8-kelajuan baharu dengan ciri Drivelogic.
  • Casis dengan elemen kinematik dan elastokinematik menyumbang kepada dinamik pemanduan optimum.
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) M xDrive dibangunkan khas M-Drive buat BMW M5 buat kali pertama.

Peralatan Khas dan Modifikasi

BMW M5 MotoGPTM Safety Car.14
BMW M5 MotoGPTM Safety Car.09
BMW M5 MotoGPTM Safety Car.11
BMW M5 MotoGPTM Safety Car.13
  • Bumbung plastik bertetulang gentian karbon (CFRP) ringan.
  • Menggunakan komponen BMW M, yang turut boleh dipasangkan pada model pengeluaran BMW M5.
  • Antara peralatan BMW M ialah pelbagai komponen karbon seperti sil pintu, difuser belakang, spoiler belakang, gril kidney dan pelindung cermin sisi.
  • Sistem ekzos sport BMW M Performance dihasilkan daripada titanium, dengan ekor ekzos karbon dan direka khas untuk kegunaan trek.
  • Transformasi kepada kereta keselamatan MotoGP, termasuk kelengkapan perlumbaan khas dan peralatan keselamatan.
  • Spliter depan ialah prototaip yang dibangunkan khas untuk kereta keselamatan MotoGP BMW M5. Kerusi lumba diambil daripada BMW M4 GTS.
  • Lampu suar menggunakan teknologi LED moden dan dikawal panel dalam kereta. Satu lagi sistem isyarat penting ialah lampu depan berkelip, terdiri daripada lampu LED biru pada gril depan dan lingkaran corona (corona rings) berkelip, juga pada lampu depan.

Sebelum digunakan pada musim 2018, kereta keselamatan BMW M5 MotoGP akan terlebih dahulu dipertontonkan secara rasmi pada final MotoGP di Valencia, Sepanyol. Kemudian, barulah kereta berkenaan digunakan untuk tugasan dalam litar. Penonton Malaysia pula perlu menunggu masa untuk menyaksikan kereta hebat itu secara langsung di Sepang nanti.

GALERI

 

Related

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW M5, BMW M5 MotoGP Safety Car, kereta keselamatan, MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev