• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Benz Final Edition G 65 - SUV Mewah Tamat Pengeluaran Selepas 38 Tahun

Mercedes-Benz Final Edition G 65 - SUV Mewah Tamat Pengeluaran Selepas 38 Tahun

November 1, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz G-Class adalah antara model utama dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah buatan pengeluar dari Jerman itu. Walaupun didatangkan dengan rekabentuk berkotak, model tersebut mengumpul peminat tersendiri, terutama di kalangan golongan hartawan.

G-Class mula dikeluarkan sejak 1979 dan menjadi siri model dengan pengeluaran terpanjang dalam sejarah Mercedes-Benz. Model tersebut juga ialah moyang kepada semua SUV keluaran pengeluar berlogo tiga bintang itu, dan menjadi asas kenapa model off-road lain menggunakan huruf besar G.

Selepas 38 tahun di pasaran, model ikonik berkenaan bakal ditamatkan pengeluaran menerusi varian Mercedes-Benz Final Edition G 65. Walaupun G-Class begitu lama di pasaran, model itu sebenarnya sudah  beberapa kali ditambah baik dengan menampilkan perubahan major pada 2012.

Model akhir tersebut, yang mendapat sentuhan AMG, dihasilkan hanya 65 unit sahaja seluruh dunia. Mengenai AMG, divisi prestasi itu mempunyai kaitan dan reputasi istimewa dengan model G-Class kerana lebih satu per tiga model yang dijual adalah daripada AMG.

Di Jerman, Mercedes-Benz Final Edition G 65 itu dijual pada harga €310,233 (RM1,528,293).

Berikut Ciri Mercedes-Benz Final Edition G 65

Gaya

  • Rim aloi 21-inci.
  • Kaliper brek perak dan strip trim AMG Sport di sisi.
  • Cermin sisi dan penutup roda ganti dalam warna hitam Obsidian Black.
  • Stereng bawah rata (flat bottom) AMG dengan balutan kulit hitam nappa.

Trenkuasa

  • Enjin AMG 6.0-litre V12 berkuasa 630hp.
  • Tork maksimum 1,000Nm pada 2300-4300rpm.
  • Pecutan 0 - 100kmj sepantas 5.3 saat dan kelajuan maksimum 230kmj (dihadkan secara elektronik).
  • Transmisi automatik AMG SPEEDSHIFT PLUS 7G-TRONIC.

Keupayaan Off Road

  • Keupayaan mendaki cerun hingga 80 peratus atas permukaan tertentu.
  • Kedalaman maksimum 60sm apabila memandu meredah air dan lumpur.
  • Kestabilan pemanduan pada sudut 28°.
  • Sudut dekat/lepas (angle of approach/departure): 27°.
  • Sudut pecahan (Breakover angle): 22°.

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: G Class, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mercedes-benz, Mercedes-Benz Final Edition G 65, Mercedes-Benz G-Class, Roda4, SUV, SUV mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev