APAKAH anda pemilik atau mengenali mereka yang memiliki Honda HR-V tahun 2016? Jika ya, Honda Malaysia mengumumkan memanggil balik 2,814 unit HR-V tahun 2016 berikutan isu bar stabiliser depan yang berisiko
patah di bawah tekanan tinggi.
Menurut Honda Malaysia, kerosakan itu dikenal pasti akibat suhu tidak mencukupi semasa proses pembuatan yang kemudian mendedahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kepada kerosakan pada tekanan tinggi. Disebabkan kerosakan bar stabiliser, roda boleh jadi tidak seimbang dan mengakibatkan ketidakstabilan ketika memandu.
BACA >>> Lamborghini Panggil Balik Aventador, Akui Memang Silap Mekanikal Punca Terbakar
Setakat ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan berhubung isu berkenaan.
PENUKARAN PERCUMA
Bar stabiliser depan akan digantikan dengan unit baharu secara percuma. Buat masa sekarang, Honda
Malaysia mempunyai 50 peratus stok bar stabiliser depan di seluruh negara, dan dijangka mencapai jumlah 100 peratus menjelang pertengahan November ini.
Pengumuman panggil balik itu adalah sebahagian langkah pencegahan dilancarkan Honda dalam usaha memastikan keselamatan pemilik HR-V. Honda turut menyatakan kekesalan atas kesulitan yang dihadapi semua pelanggan terlibat. Malah, pengeluar itu komited terhadap isu berkenaan, di mana langkah proaktif sedang diambil bagi mengelak sebarang kemungkinan kerosakan atau kemalangan berlaku.
Berikut Langkah dan Prosedur Diambil:
- Semua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan yang merangkumi butiran mengenai panggilan balik itu.
- Pelanggan yang menerima surat tersebut dinasihatkan menghantar kenderaan ke pusat servis rasmi Honda terdekat untuk pemeriksaan dan penggantian.
- Semua kos untuk kerja penggantian ditanggung Honda Malaysia.
- Pemilik diminta memeriksa status kenderaan sama ada melalui laman web Honda.com.my atau Productrecall.honda.com.my atau menghubungi talian bebas tol, 1-800-88-2020.
BACA >>> Mitsubishi Malaysia Panggil Balik Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX
Pemilik yang menerima surat panggilan semula daripada Honda Malaysia digesa menggantikan bar stabiliser terjejas dengan kadar segera kerana kerosakan tersebut berpotensi mengakibatkan tayar pancit dan menjejaskan kestabilan pemanduan.
Leave a Reply