• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Reliant Regal - Kereta 3 Roda Popular Ini Mahu Dilelong

Reliant Regal - Kereta 3 Roda Popular Ini Mahu Dilelong

October 30, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

230
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA pernah menonton siri komedi TV, Mr Bean, anda pasti teringat kelibat kereta tiga roda yang selalu jadi mangsa keadaan. Kereta lucu dan siri TV lucu memang kombinasi sempurna walaupun Mr Bean nampak serius sepanjang masa.

Nah, sekarang ada sebuah kereta tiga roda, Reliant Regal warna kuning yang mahu dijual rumah lelongan, Silverstone Auctions sempena jualan kereta klasik di Pameran Motor Klasik Insurans Lancaster di Birmingham NEC pada 11 dan 12 November ini. Menariknya, model tersebut bukan kereta biasa-biasa kerana pernah digunakan dalam rancangan siri TV BBC, 'Only Fools and Horses'.

DIGEMARI RAMAI

Reliant Regal (1968) ialah antara kereta klasik paling dikenali dan digemari ramai, yang mana pernah menjadi kenderaan utama kepada watak Del Boy dan Rodney dalam siri komedi tersebut.

Kereta yang mahu dijual itu tampil sama seperti dalam drama itu, lengkap dengan kemasan dalaman bertema harimau dan logo 'Trotters Independent Trading Co'. Bukan saja luaran, kereta itu juga dilengkapi pelbagai aksesori seperti rak bumbung dengan beg pakaian, set dadu berbulu, alas kaki getah khas dan set anak patung plastik.

Pemilik baharu kereta itu nanti juga tidak perlu risau kerana enjin sudah siap dibaik pulih dengan dipadankan bersama kotak gear sirat-segerak atau synchromesh penuh. Menariknya, kereta ini ada kunci penghidup enjin kawalan jauh, pemain DVD dan radio kaset.

PERNAH BERLUMBA RALI

Model klasik ini dikatakan unit terbaik yang boleh ditemui untuk dijual, dan pernah digunakan dalam perlumbaan rali London to Brighton pada 2001 dan 2004. Malah, kereta dengan jarak perbatuan 115,515km ini masih siap menyimpan buku panduan asal.

Kereta ini juga mempunyai sijil kelulusan Kementerian Pengangkutan Britain (MOT) atau 'Puspakom versi Britain' hingga 9 Jun 2018, termasuk perakuan daripada BBC yang mengesahkan keaslian model berkenaan. Selain nilai sejarah, kereta rare tersebut juga akan dibida tanpa harga rizab!

Ini bermakna sesiapa pun boleh buat bidaan hingga harga tertinggi ditawarkan. Pasti menarik kalau dapat disimpan dalam garaj rumah. Sekali tengok sudah boleh menghiburkan hati dan melegakan tekanan. Cuma warna kuning boleh buat ramai pening kepala, dan tema harimau pula boleh buat kepala pusing!

GALERI

Related

230
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: kereta klasik, lelong, Only Fools and Horses, Reliant Regal, Trotters Independent Trading Co

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my