• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW HP4 Race Kini di Malaysia - Enjin 215hp, Harga RM520,900 Sahaja!

BMW HP4 Race Kini di Malaysia - Enjin 215hp, Harga RM520,900 Sahaja!

October 28, 2017 By Abang GYL 5 Comments

24.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HANYA terhad 750 unit seluruh dunia, BMW HP4 Race kini secara rasmi sudah berada di pasaran tempatan.

Jentera yang dibina khas untuk kegunaan di litar perlumbaan itu sudahpun mula dijual di Malaysia pada harga RM520,900.

HARGA

  • BMW HP4 Race - RM520,900

* Harga atas jalan tidak termasuk insurans dan cukai jalan

BACA >>> Berita Gembira!!! BMW G 310 RS Kini di Malaysia - Harga RM29,900!

Bagi mereka yang sedang tercari-cari superbike rare dengan spesifikasi perlumbaan, BMW HP4 Race mungkin boleh dimasukkan dalam senarai pendek anda.

Mahu tahu kenapa? Berikut kami senaraikan beberapa fakta menarik mengenai BMW HP4 Race:

  • BMW HP4 Race mampu menghasilkan kuasa 215hp pada 13,900rpm, manakala tork maksimum 120Nm (10,000rpm). Putaran enjin turut ditingkatkan kepada 14,500rpm berbanding 14,200rpm (S1000RR).
  • Rim depan dan belakang menggunakan material teknologi tinggi yang membolehkan berat diturunkan 30 peratus berbanding rim aloi tempa tanpa mengetepikan aspek kekukuhan komponen.
  • Turut didatangkan dengan kotak gear perlumbaan 6-kelajuan.
  • Berat BMW HP4 Race hanya 171kg bersama isian minyak setangki penuh.
  • BMW HP4 Race sebenarnya lebih ringan berbanding mana-mana jentera perlumbaan yang digunakan dalam Kejohanan Superbike Dunia (WorldSBK) sekarang.
  • Frem utama gentian karbon dengan struktur monokok seberat 7.8kg.
  • Frem belakang sokongan sendiri dengan tiga tahap ketinggian boleh laras.
  • Kawalan Traksi Dinamik (DTC) - boleh diprogramkan pada gear pilihan mengikut 15 tahap.
  • Brek Enjin (EBR) - boleh diprogramkan pada gear pilihan mengikut 15 tahap.
  • Kawalan Wheelie - boleh diprogramkan pada gear pilihan.
  • Kawalan Luncur.
  • Pengehad Laluan Pit.
  • Fork terbalik (USD) FGR 300 dan strut gegelung TTX 36 GP dibekalkan pengeluar Sweden, Öhlins, juga komponen sama digunakan jentera dalam siri WorldSBK dan MotoGP.
  • BMW HP4 Race hanya ditawarkan dalam skim warna BMW HP Motorsport yang memberikan penampilan agresif sebuah superbike sebenar.

Apa tunggu lagi, kasi rembat satu laa 🙂

GALERI

BMW HP4 RACE 2017.20
BMW HP4 RACE 2017.05
BMW HP4 RACE 2017.19
BMW HP4 RACE 2017.07
BMW HP4 RACE 2017.11
BMW HP4 RACE 2017.09
BMW HP4 RACE 2017.06
BMW HP4 RACE 2017.13
BMW HP4 RACE 2017.17
BMW HP4 RACE 2017.10
BMW HP4 RACE 2017.14
BMW HP4 RACE 2017.04
BMW HP4 RACE 2017.02
BMW HP4 RACE 2017.16
BMW HP4 RACE 2017.21
BMW HP4 RACE 2017.03
BMW HP4 RACE 2017.12
BMW HP4 RACE 2017.18
BMW HP4 RACE 2017.01
BMW HP4 RACE 2017.08
BMW HP4 RACE 2017.15

Related

24.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW HP4 RACE, BMW HP4 Race Malaysia, BMW HP4 Race MotoGP, BMW Malaysia, BMW Motorrad Malaysia, Harga BMW HP4 Race

Comments

  1. Ahmad says

    June 1, 2018 at 12:50 AM

    Ade berapa biji kat malaysia?

    Reply
    • ABG GYL says

      June 1, 2018 at 2:52 AM

      Buat masa ini hanya ada 1. Tapi jika ada permintaan, BMW akan bawa masuk lagi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev