• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Rai Ulang Tahun ke-60, Fiat 500 Keluar Syiling Perak Edisi Terhad

Rai Ulang Tahun ke-60, Fiat 500 Keluar Syiling Perak Edisi Terhad

October 29, 2017 By Azhan O 1 Comment

FacebookTwitter


FIAT meraikan ulang tahun ke-60 bagi model 500 dengan mengeluarkan syiling emas yang dihasilkan Italian State Mint. Direka oleh pakar ukir, Claudia Momoni, syiling tersebut didedahkan oleh Kementerian Ekonomi dan Kewangan Itali, dan nilai muka €5 (RM25).

Syiling tersebut memaparkan Fiat 500 lama (1957) bersama generasi baharu model itu secara sebelah menyebelah dengan dikelilingi perkataan 'Republica Italiana', manakala sebelah muka lagi menunjukkan profil kereta klasik tersebut dengan ukiran tarikh 1957 dan 2017.

Hanya 4,000 contoh syiling ulang tahun dikeluarkan dan setiap satu boleh ditempah daripada 'Istituto del Poligrafico e della Zecca', pada harga €40 (RM197).

Selain mengeluarkan syiling edisi khas sempena ulang tahun 500 ke-60, Fiat beberapa bulan lalu turut memperkenalkan setem peringatan yang dilancarkan Pejabat Pos Itali.  Malah, pengeluar automotif Eropah itu juga menghasilkan 500 versi edisi terhad dan istimewa supaya pengguna baharu kekal berminat mahu membeli model tersebut sebelum pengganti baharu diperkenalkan, dijangka selepas 2019.

fiat-500-1
fiat-500-2
fiat-500-3
fiat-500-4
fiat-500-5
fiat-500-6
fiat-500-7

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Claudia Momoni, Fiat, Fiat 500, Roda4, syiling perak, syiling peringatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev