• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / F1 Mungkin Ubah Peraturan, Berlumba Guna Sistem AWD?

F1 Mungkin Ubah Peraturan, Berlumba Guna Sistem AWD?

October 27, 2017 By Han Othman Leave a Comment

644
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORMULA Satu (F1) bakal memasuki fasa baharu supaya kekal relevan dan mendapat sambutan di kalangan peminat permotoran antarabangsa. Khabarnya, pertemuan agensi dan pihak berkepentingan dalam F1 di Paris minggu depan akan membincangkan masa hadapan siri kejuaraan perlumbaan tersebut.

Antara perkara yang dijangka menjadi topik hangat perbincangan ialah peraturan trenkuasa, dan juga ura-ura F1 bakal mengimplementasikan sistem pacuan semua roda (AWD).

BACA >>> Litar GP Baharu di Vietnam Gabungkan Trek F1 Terbaik Dunia, Termasuk Sepang

Menurut Autosport, sistem tersebut secara mekanikal tidak akan mengalihkan kuasa daripada enjin kepada roda depan seperti jentera 4WD biasa. Sebaliknya, sistem AWD baharu itu nanti akan menggunakan Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) pada gandar depan, dan memulihkan tenaga daya brek untuk digunakan roda depan.

PROTOTAIP PORSCHE 919 HYBRID

Contoh paling hampir ialah tetapan digunakan Porsche pada model prototaip 919 Hybrid. Sistem berkenaan akan membenarkan lebih cengkaman mekanikal di selekoh, dan ini membolehkan persaingan yang lebih dekat. Malah, pasukan jurutera mampu mengelak daripada berdepan masalah sistem pemulihan haba-turbo yang rumit pada enjin. Sebaliknya boleh menetapkan cabaran baharu sendiri dari segi tahap kerumitan dan kos.

Bagaimana kita gantikan 60 peratus tenaga elektrik yang hilang? Ada banyak kemungkinan dan motor depan adalah salah satu daripadanya," kata ketua permotoran Mercedes, Toto Wolff.

BACA >>> FIA Sahkan Semua Kereta F1 Guna 'Pelindung Halo' Musim 2018

Pasukan lain turut prihatin tentang rancangan tersebut yang katanya akan mewujudkan situasi perlumbaan mesin. Ketua pasukan Haas, Gene Hass menggesa supaya berhati-hati sebelum memutuskan menggunakan sistem 4WD untuk F1. Ini kerana tidak semua pasukan dapat meraihkan manfaat atas perubahan tersebut dan hanya menguntungkan sesetengah pihak saja.

Jika berlaku, mungkin kita semua bakal menyaksikan jentera-jentera F1 dibikin untuk berlumba dalam sistem AWD. Setakat ini, Lotus dan McLaren masih bereksperimen dengan idea tersebut di atas trek, termasuk pengeluar-pengeluar lain seperti Ferguson, BRM dan Matra. Teknologi tersebut sebenarnya pernah diharamkan pada 1982, tetapi tidak mustahil diperkenalkan semula jika mendapat persetujuan semua pihak.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Related

644
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: F1, Formula Satu (F1), Porsche 919 Hybrid, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my