• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Ninja 400 Bakal Terjah Pasaran AS?

Kawasaki Ninja 400 Bakal Terjah Pasaran AS?

October 25, 2017 By Aryon 1 Comment

FacebookTwitter


SEPERTI mana kita cemburukan orang luar negara yang dilambakkan pelbagai model hebat dan murah, begitu juga mereka di luar sana. Faktanya, tiada negara di dunia ini yang menawarkan setiap model dihasilkan sesebuah pengeluar automotif kerana segalanya bergantung kepada pasaran dan permintaan yang berbeza. Itulah hukum pasaran yang sepatutnya kita ambil tahu sebelum mengecam mana-mana pihak.

Di Amerika Syarikat (AS) misalnya, pasaran motosikal di sana lebih cenderung kepada superbike dan supertouring, serta dirtbike (atau motocross) yang didatangkan dengan enjin berkuasa besar. Tidaklah menghairankan kerana AS memang sebuah negara yang luas. Ini sedikit sebanyak menyebabkan motosikal bersesaran kecil tiada tempat di sana.

BACA >>> Kawasaki Z900RS Bakal Debut di Tokyo Oktober Ini, Berita Baik untuk Penggemar Retro!

Tetapi jika cukup permintaan yang membolehkan pengeluar itu untung, motosikal bersesaran kecil boleh saja dibawa masuk. Ambil contoh Kawasaki Ninja 400 yang dikhabarkan bakal memasuki pasaran AS. Segalanya diketahui umum selepas agensi perlindungan alam sekitar, California Air Resoucers Board (CARB) baru-baru ini menyiarkan borang persijilan untuk enjin 399cc, Kawasaki (lihat gambar bawah).


Serentak itu ramai membuat spekulasi kehadiran Ninja 400 kerana kebetulan Kawasaki sebelum itu ada membuat penggambaran komersil TV di kawasan jalanan Milwaukee, iaitu sebuah bandar dalam negeri Wisconsin, AS. Model digunakan itu pula ialah Ninja 400 yang bakal menemani kembarnya, Ninja 300.

Khabar itu bermakna Ninja 400 akan menjadi model paling premium dalam pasaran motosikal middleweight sementara menanti kemunculan Honda CB400F yang kononnya bakal dibangkitkan.

DIMINATI ORANG MUDA

shooting-kawasaki-ninja-400-2
shooting-kawasaki-ninja-400
shooting-kawasaki-ninja-400-3

Di AS, motosikal kelas 350-450cc sangat popular di kalangan penunggang muda atau baru berjinak dalam dunia dua roda. Golongan ini cenderung membeli motosikal yang biasanya bersaiz kecil dan ringan kerana lebih mudah dan seronok ditunggang. Perincian mengenai enjin baharu itu belum didedahkan, tetapi dijangka menggunakan enjin Ninja 300 yang dipertingkat. Spesifikasi lengkap mungkin diumumkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) bulan hadapan.

Kelas middleweight semakin mendapat perhatian penunggang AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini menerusi populariti diraih KTM RC 390, Honda CBR300R, Yamaha SR400 dan BMW G310. Dari segi bentuk, fungsi dan keseronokan, model-model berkenaan secara tidak langsung mewujudkan segmen baharu motosikal untuk penunggang awal atau beginner di negara tersebut.

Selain AS, negara seperti Jepun, Australia dan Kanada terlebih dahulu mendapat kunjungan Ninja 400. Media di AS menjangka harga jualan adalah sekitar AS$6,599 (RM27,936).

Kini, sudah ada aneka jenis dan gaya motosikal dalam pelbagai pilihan prestasi enjin, pengendalian, keselesaan dan ekonomi bahan api. Nampaknya, trend bermotosikal di AS memasuki fasa baru.

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Amerika Syarikat, Kawasaki, Kawasaki Ninja 400, motosikal, motosikal middleweight, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev