• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kalashnikov Bikin Motosikal EV untuk Tentera, Polis Rusia

Kalashnikov Bikin Motosikal EV untuk Tentera, Polis Rusia

October 21, 2017 By Aryon 3 Comments

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GERGASI pertahanan Rusia, Kalashnikov, yang terkenal dengan pembuatan raifal AK-47 dan alatan persenjataan militari lain, baru-baru ini mendedahkan motosikal elektrik (EV) yang dihasilkan khas untuk pasukan tentera dan polis negara itu.

Dipamerkan sempena Forum Teknikal - Tentera 2017 Militari Antarabangsa dekat Moscow, motosikal EV baharu itu direka dalam bentuk jentera dirt bike untuk pasukan militari, manakala pasukan polis mendapat motosikal EV yang lebih urban dalam gaya supermoto.

Inilah supermoto polis Rusia.

Kalashnikov Group mengumumkan 50 unit motosikal polis akan digunakan untuk menguatkuasakan undang-undang sepanjang Piala Dunia 2018 di Rusia nanti, lapor Lanessplitter. Menurut Kalashnikov, model polis itu mampu ditunggang sejauh 150km dan dibangunkan pengeluar motosikal Rusia, IZH, yang juga subsidiari Kalashnikov.

Tidak perincian spesifikasi diketahui mengenai motosikal EV baharu itu. Anda boleh lihat sendiri video disiarkan Kalashnikov di akhir artikel ini yang memaparkan aksi seorang penunggang tanpa helmet, tetapi memakai topi dan menutup mulut dengan bandana sedang menunggang motosikal EV versi militari sambil meredah laluan off-road.

kalashnikov-dirtbike-rusia-1
kalashnikov-dirtbike-rusia-2
kalashnikov-dirtbike-rusia-9
kalashnikov-dirtbike-rusia-7
kalashnikov-dirtbike-rusia-8
kalashnikov-dirtbike-rusia-5
kalashnikov-dirtbike-rusia-6
kalashnikov-dirtbike-rusia-4
kalashnikov-dirtbike-rusia-3

AS TIDAK MAHU KALAH

Selain Rusian, Amerika Syarikat (AS) juga sedang membina motosikal EV buat pasukan tenteranya di bawah program pemerolehan Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Termaju (DARPA). Motosikal EV memiliki kelebihan dalam tugasan menyelinap dan juga versatiliti, yang membolehkan kumpulan kecil tentera memasuki kawasan terpencil dengan pantas, manakala enjin elektrik membolehkan kehadiran mereka tidak dapat dikesan.

Logos Technologies adalah antara syarikat yang ditawarkan kontrak daripada DARPA untuk membina dan melakukan kajian tentang motosikal EV untuk militari. Model Silenthawk misalnya direka berasaskan dirt bike EV, Alta Redshift MX dengan berat 158kg dan mampu bergerak sejauh 273km.

BACA >>> Benelli TnT135 Motosikal Fun Bike EEV Pertama Diperkenalkan - Harga RM7,990

Prototaip Silenthawk seterusnya khabarnya didatangkan dengan generator multibahan api mudah tanggal dan penunggang boleh mengecas motosikal tersebut untuk misi yang lebih lama menggunakan pelbagai sumber bahan bakar, termasuk petrol, JP-5, JP-8, Jet A-1, propana dan AVGAS.

Dirt bike EV secara asasnya memiliki banyak kelebihan dari segi jarak tunggangan, ketangkasan, keupayaan off-road, jentera yang hampir senyap, cekap bahan api dan ringan. Militari Rusia dan AS nampaknya begitu berminat dengan kenderaan versatil. Mungkinkah pada masa hadapan kita bakal menyaksikan kelibat motosikal EV sebagai jentera penting di medan perang?

SUMBER: Road and Track

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: dirt bike, dirt bike EV, Kalashnikov, militari Rusia, motocross, motosikal, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev