• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Supersport & Supersport S (937cc, 113hp) Kini di Malaysia - Harga Bermula RM80,899

Ducati Supersport & Supersport S (937cc, 113hp) Kini di Malaysia - Harga Bermula RM80,899

October 20, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NEXT Bike Sdn Bhd baru saja memperkenalkan dua motosikal baharu yang dinanti ramai, Ducati Supersport dan Supersport S. Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand itu dijual pada harga bermula RM80,899 hingga RM88,899.

HARGA

  • Ducati Supersport - RM80,899 (varian asas)
  • Ducati Supersport S - RM88,899 (spesifikasi tertinggi)

* Harga atas jalan termasuk GST.

APA BEZA ANTARA SUPERSPORT & SUPERSPORT S

Dengan perbezaaan sebanyak RM8,000, Ducati Supersport S didatangkan dengan suspensi USD bersama monoshock Ohlins boleh laras dengan ciri anjakan transmisi Ducati Quick Shift (DQS). Varian asas (Supersport) pula dipadankan suspensi USD Marzocchi dan monoshock Sachs.

Ducati Supersport & Supersport S Malaysia_PanduLaju (11)
Ducati Supersport & Supersport S Malaysia_PanduLaju (13)
Ducati Supersport & Supersport S Malaysia_PanduLaju (12)
Ducati Supersport & Supersport S Malaysia_PanduLaju (17)
Ducati Supersport & Supersport S Malaysia_PanduLaju (18)

ENJIN 937CC

Ducati Supersport dan Supersport S dijana unit enjin yang sama iaitu 937cc Testastretta yang turut diguna pakai pada Ducati Hypermotard 939. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 113hp pada 9,000rpm bersama tork puncak 96.7Nm (6,500rpm).

Bagi tunggangan lebih menyeronokkan, kedua-dua model ini menawarkan tiga opsyen iaitu Sport, Touring dan Urban.

BACA >>> Ducati Malaysia Mengganas - Bakal Lancar 6 Model Sepanjang 2017

REKAAN SEAKAN 'BABY PANIGALE'

Dari segi rekabentuk, kedua-dua model itu tampak seakan 'baby Panigale' tetapi kedudukan posisi pelana yang sesuai buat mereka yang bertubuh rendah. Berita baik juga buat penunggang wanita! Lebih tampak garang, ruangan roda dipadankan dengan rim dan tayar hadapan bersaiz 120/70 R17 manakala 180/55 R17 pada bahagian belakang.

Lebih menarik, jika anda menempah mana-mana varian Ducati Supersport daripada Ducati Penang, anda berpeluang membawa pulang hadiah menarik bernilai RM3,800, iaitu:

  • Helmet Ducati Suomy.
  • Visor helmet jenis smoked.
  • Jaket haze Alpinestars.
  • Sarung tangan Spartan Alpinestars.

Ingat, promosi ini hanya sah sepanjang Oktober 2017 sempena perlumbaan MotoGP hujung bulan ini. Memang berbaloi-baloi!

GALERI

Ducati supersport s Malaysia

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati Malaysia, Ducati penang, Ducati SuperSport, Ducati SuperSport S, Ducati SuperSport S Malaysia, Enjin Ducati Supersport S, Harga Ducati SuperSport, Harga Ducati SuperSport S, Next Bike Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev