MASIH tidak habis lagi cerita pasal idea gila Yamaha untuk Pameran Motor Tokyo ke-45 yang bakal membuka tirai minggu hadapan.
BACA >>> Yamaha MOTOROiD - Motosikal AI yang Mampu Kenal dan Bercakap dengan Penunggang
Tidak cukup konsep teknologi motosikal masa hadapan, seperti MOTOROiD A.I. dan MOTOBOT, Yamaha bakal memperkenalkan motosikal roda tiga dengan enjin 3-silinder sebaris berasaskan streetfighter pilihan rakyat, Yamaha MT-09.
https://www.youtube.com/watch?v=FJc4fOGyf5w
Walaupun tidak menunjukkan rekaan sebenar motosikal itu, bayangan dipaparkan menerusi pencak Ninja berpedang kembar dengan tagline 'Ride the Revolution' dalam video 'teaser' Youtube baru-baru ini sudah cukup memberikan kepastian. Cuma kurang jelas kenapa Yamaha masih ingin berteka-teki sedangkan motosikal tersebut sudah pun ditayangkan sebelum ini.
Jika anda masih ingat, konsep streetfighter tiga roda, digelar MWT-9, pernah dipamerkan pada Pameran Motor Tokyo ke-44, dua tahun lalu. Melihat video pelancaran ditayangkan, Yamaha menonjolkan kelebihan motosikal roda tiga tersebut yang mampu bergerak begitu lincah seperti motosikal biasa.
BACA >>> Jawab Kuiz Ini Dahulu Sebelum Berani Mengaku Peminat Setia Yamaha RX-Z
Mungkin ada masih was-was, tetapi jika melihat video di bawah, jelas sekali penggunaan dua roda di depan menjadikan motosikal itu lebih stabil dalam posisi menegak, dan pada masa sama masih membolehkan si penunggang melayan selekoh pada sudut miring.
Sudah tentu, itu berita baik buat mereka yang mahukan keseronokan menunggang streetfighter berkuasa dan lincah, tetapi tidak yakin mengendalikan jentera itu dengan selamat.
REKAAN JADI TANDA TANYA
Memandangkan Yamaha begitu berahsia untuk pelancaran tahun ini, timbul tanda tanya sama ada MWT-9 masih mengekalkan rekaan fairing depan besar seakan kepala Pokemon atau rekaan naked seperti MT-09 asal kerana ada desas-desus mengkritik rekaan tersebut sebagai terlalu radikal bagi sebuah motosikal roda tiga. Kata mereka motosikal itu hanya akan ditunggang si penakut.
Apa pula pendapat anda?
Leave a Reply