• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polestar 1 - Model Prestasi Pertama Volvo Sedia Ditempah (600hp, 1,000Nm)!

Polestar 1 - Model Prestasi Pertama Volvo Sedia Ditempah (600hp, 1,000Nm)!

October 19, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLVO kini benar-benar berada dalam gear teratas untuk memposisikan jenama itu setanding pengeluar premium lain. Dalam satu keputusan tidak diduga, Volvo memutuskan memisahkan diri daripada divisi prestasi, Polestar kepada satu jenama bebas.

Langkah itu mulanya agak kabur kerana Polestar, walaupun agak gah di litar, tetapi penjenaannya masih tidak sekuat AMG (Mercedes-Benz) atau M (BMW).

Kini keputusan Volvo itu nampak semakin ketara apabila Polestar baru-baru ini mendedahkan model pertama, Polestar 1. Walaupun pengaruh Volvo sangat jelas, tetapi jelas membawa sisi lain yang belum diteroka Volvo sepenuhnya, iaitu segmen kereta sport tulen.

BACA >>> Menang Nürburgring, Volvo Kini Atasi Honda dalam Perlumbaan WTCC

Selain kereta sport, Polestar turut memiliki perancangan besar, temasuk memperkenalkan dua lagi model baharu, yakni kilang pengeluaran khas di China dan kaedah pemilikan unik. Polestar juga serius merancang masa hadapan dengan mula membuka tempahan model pertama tersebut bermula 17 Oktober lalu.

Polestar 1.06
Polestar 1.09
Polestar 1.03
Polestar 1.04

FAKTA TENTANG POLESTAR 1

Segmen dan Teknologi

  • Polestar 1 ialah kereta 2-pintu dengan konfigurasi kerusi 2+2 dalam segmen Grand Tourer (GT) Coupé.
  • Menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan gabungan motor elektrik, Polestar 1 ialah kereta elektrik (EV) dengan bantuan ICE.
  • Mempunyai jarak perjalanan hingga 150km dalam mod elektrik penuh, yang juga jarak paling jauh untuk kereta hibrid dalam pasaran masa kini.
  • Gabungan ICE dan motor elektrik memberikan kuasa kuda setinggi 600hp dan tork 1,000Nm.
  • Dibangunkan menggunakan Arkitektur Platform Skala (SPA) Volvo dengan hampir 50 peratus perubahan.
  • Badan diperbuat daripada material gentian karbon bagi mengurangkan berat, meningkatkan ketegaran dan merendahkan pusat graviti (CoG).
  • Kereta pertama di dunia menggunakan sistem suspensi baharu, Suspensi Elektronik Kawalan Berterusan Öhlins atau Öhlins Continuously Controlled Electronic Suspension (CESi).

Dihasilkan di China

  • Polestar 1 tidak dikeluarkan di Sweden, tetapi di kilang khas Polestar di Chengdu, China.
  • Sinonim dengan kejuruteraan dan ketangkasan negara China, kilang itu kini sudah sedia dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan tahun hadapan.

Kaedah Pemilikan Unik

  • Tempahan Polestar 1 perlu dibuat 100 peratus dalam talian, dan kaedah pembelian bukan seperti biasa di mana pembeli ditawarkan pelan langganan selama dua atau tiga tahun
  • Pembelian kereta tidak memerlukan deposit, dan turut termasuk yuran langganan membabitkan perkhidmatan sampingan seperti servis ambil dan hantar untuk penyenggaraan berkala, dan kemudahan menyewa kenderaan Volvo atau Polestar lain. Semuanya sudah dikira sekali dalam bayaran bulanan yang mana yuran langganan adalah pada kadar rata.
  • Walaupun transaksi dibuat atas talian, khidmat fizikal masih diteruskan. Polestar bakal membuka cawangan Polestar Spaces di serata dunia.
  • Cawangan fizikal Polestar akan beroperasi sendirian tanpa menumpang bilik pameran Volvo.

Pelan Masa Hadapan

  • Semua model Polester akan datang bakal dikuasakan trenkuasa elektrik sepenuhnya.
  • Polestar 2 akan mula dikeluarkan pada 2019 dan menjadi kenderaan janaan bateri-elektrik (BEV) pertama Volvo Car Group.
  • Model tersebut bersaiz sederhana dan akan bersaing dengan Tesla Model 3 dalam pasaran lebih besar berbanding Polestar 1.
  • Polestar 3 pula ialah model SUV besar, juga berada dalam segmen BEV.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kereta Sport, Polestar, Polestar 1, Roda4, Volvo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev