• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sempena Rai 25 Tahun di Pasaran, Ducati Sambut 2018 dengan Monster 821

Sempena Rai 25 Tahun di Pasaran, Ducati Sambut 2018 dengan Monster 821

October 19, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

334
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN 2017 belum lagi melabuhkan tirai, Ducati sudah pun siap sedia mempertaruhkan lima model baharu 2018 dengan memperkenalkan Monster 821 sebagai model pertama pada 16 Oktober lalu yang juga menjadi sebahagian daripada program sambutan ulang tahun pertama Monster sejak dilancarkan di Cologne, Itali pada Oktober 1992.

Jentera naked bike ikonik dari Borgo Panigale itu menampilkan beberapa pengemaskinian segar dengan menggabungkan prestasi tinggi, kelincahan dan mesra penunggang yang pastinya mewarisi karakter dan tarikan legasi pertama dahulu, Monster 900.

BACA >>> Ducati Monster 797 Si Pembuli Jalanan - Harga Serendah RM55,900

Berikut Ciri Baharu Ducati Monster 821 (2018)
  • Monster 821 menampilkan rekaan dan ciri sama seperti Monster 1200 dengan tangki dan ekor baharu yang diilhamkan daripada model asal 1992.
  • Penyengap lumba (racing silencer) dan lampu utama menggabungkan rekaan klasik dan kontemporari.
  • Meter TFT berwarna bersaiz sederhana dengan paparan gear semasa dan indikator minyak.
  • Teknologi anjakan pantas Ducati Quick Shift (DQS) dan Sistem Multimedia Ducati (DMS) boleh dipesan ketika pembelian.
  • Warna kuning Ducati Yellow bagi mengimbau kenangan model lama, dan eksklusif untuk model 821 sahaja.
  • Warna lain, merah dan hitam kusam.

Monster 821 dikuasakan enjin Testastretta 2-silinder penyejukan cecair berkuasa 109hp pada 9,250rpm dan tork 86Nm (7,750rpm). Jentera ini turut dibekalkan Pek Keselamatan Ducati (DSP), terdiri daripada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch dan Kawalan Traksi Ducati (DTC).

BACA >>> Ducati Supersport & Supersport S Bakal Lancar Jumaat Ini - Harga Bermula RM80,899

Fungsi mod tunggangan memudahkan penunggang memilih tetapan ABS, dan DTC, manakala mod 'Power' (mengawal kuasa puncak dan jenis hantaran kuasa) membolehkan motosikal ini bertukar tiga jenis karakter mengikut tahap tertentu. Monster 821 juga dilengkapi brek Brembo dua cakera 320mm dan kaliper M4-32 monoblok radial di depan. Sistem suspensi pula menggunakan fork 43mm (depan) dan absorber boleh laras (belakang).

Selain Monster 821, empat lagi jentera Ducati baharu 2018 bakal dipertontonkan sempena acara The Ducati World Premiere, pada awal bulan hadapan sebelum dipamerkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) akan datang.

GALERI

Related

334
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Monster 821, Ducati Quick Shift (DQS), Kawalan Traksi Ducati (DTC), motosikal, naked bike, roda2, Sistem Multimedia Ducati (DMS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev