• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Supersport & Supersport S Bakal Lancar Jumaat Ini - Harga Bermula RM80,899

Ducati Supersport & Supersport S Bakal Lancar Jumaat Ini - Harga Bermula RM80,899

October 17, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI mungkin antara model Ducati paling ditunggu ramai, dan motosikal yang kami maksudkan itu ialah Ducati Supersport dan Supersport S. Ya, Next Bike Sdn Bhd bakal melancarkan kedua-dua model Ducati tersebut pada Jumaat ini (20 Oktober). Bagaimanapun, harga tidak diumumkan.

Namun, menerusi status Facebook dimuat naik Ducati Penang, model itu, yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand, akan dijual pada harga bermula RM80,899 hingga RM88,899.

HARGA

  • Ducati SuperSport - RM80,899 (varian asas)
  • Ducati SuperSport S - RM88,899 (spesifikasi tertinggi)

* Harga atas jalan termasuk GST.

Dengan perbezaaan sebanyak RM8,000, Ducati Supersport S didatangkan dengan suspensi USD bersama monoshock Ohlins boleh laras dengan ciri anjakan transmisi Ducati Quick Shift (DQS). Varian asas (Supersport) pula dipadankan suspensi USD Marzocchi dan monoshock Sachs.

BACA >>> Ducati Malaysia Mengganas - Bakal Lancar 6 Model Sepanjang 2017

ducati supersport S Malaysia
ducati supersport S Malaysia
ducati supersport S Malaysia
ducati supersport S Malaysia
ducati supersport S Malaysia

REKAAN SEAKAN BABY PANIGALE

Dari segi rekabentuk, kedua-dua model itu tampak seakan 'baby Panigale' tetapi kedudukan posisi pelana yang sesuai buat mereka yang bertubuh rendah. Berita baik juga buat penunggang wanita!

Didatangkan dengan enjin 937cc Testastretta yang turut digunakan pada Ducati Hypermotard 939, dua model ini menawarkan tiga opsyen mod tunggangan, Sport, Touring dan Urban. Lebih menarik, jika anda menempah mana-mana varian Supersport daripada Ducati Penang, anda berpeluang membawa pulang hadiah menarik bernilai RM3,800, iaitu:

  • Helmet Ducati Suomy.
  • Visor helmet jenis smoked.
  • Jaket haze Alpinestars.
  • Sarung tangan Spartan Alpinestars.

Ingat, promosi ini hanya sah sepanjang Oktober 2017 sempena perlumbaan MotoGP hujung bulan ini. Memang berbaloi-baloi!

GALERI

ducati supersport S Malaysia
Ducati SuperSport S
ducati supersport S Malaysia
ducati supersport S Malaysia
Harga ducati supersport S Malaysia
ducati supersport S Malaysia
ducati supersport S Malaysia
Harga ducati supersport S Malaysia
ducati supersport S Malaysia
ducati supersport S Malaysia

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati Malaysia, Ducati Panigale, Ducati penang, Ducati SuperSport, Ducati SuperSport Malaysia, Ducati SuperSport S, Ducati SuperSport S Malaysia, Harga Ducati SuperSport, Harga Ducati SuperSport S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev