• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Renault Fluence Facelift - Lebih Mantap & Menarik

Renault Fluence Facelift - Lebih Mantap & Menarik

May 6, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Renault Fluence Facelift - Pandulaju.comRENAULT Fluence mula memasuki pasaran tempatan pada Mei tahun lalu. Tidak mengambil masa lama, TC Euro Cars Sdn Bhd yang menjadi pengedar eksklusif di Malaysia memperkenalkan pula Renault Fluence versi dipertingkat (facelift).

Hadir dalam dua varian iaitu Expression dan Dynamique, model segmen C dari Perancis itu kini tampil dengan rekaan yang lebih mantap selain dipenuhi pelbagai teknologi terkini.

Renault Fluence Facelift - Pandulaju.comHARGA (atas jalan termasuk insurans)

  • Expression - RM112,178
  • Dynamique - RM123,481

JAMINAN

Waranti selama lima tahun termasuk penyenggaraan percuma atau 100,000km perbatuan (mana tiba dahulu)

ENJIN KEKAL

Aspek mekanikal, ia masih kekal seperti terdahulu yang turut berkongsi enjin dengan Nissan Sylphy. Dipadankan kotak gear CVT XTronic, Fluence dijana unit enjin bersesaran 2.0L yang mampu menghamburkan kuasa 143hp dan tork puncak 195Nm. Penggunaan bahan api pula sekitar 7.7L per 100km.

Dynamique adalah varian tertinggi dalam varian Fluence yang dilengkapi dengan penambahbaikan. Antaranya;

  • Lampu LED nyalaan siang
  • Lampu belakang LED
  • Rim Aloi Akihiro dua tona bersaiz 17 inci

Sementara itu, Expression pula hadir dengan beberapa ciri standard seperti;

  • Kad kemasukan tanpa kunci
  • Penghawa dingin dua zon
  • Kamera undur
  • Kawalan jelajah pada stereng

Melihat secara mata kasar, ia adalah tampil hampir sama seperti varian terdahulu. Namun apabila meneliti dengan lebih jelas, perubahan paling besar adalah pada bahagian bampar hadapan yang tampak sama seperti Clio dan Koleos baharu.

Manakala ruang dalaman pula tidak banyak berubah melainkan penggunaan material fabrik pada tempat duduk Expression dan kulit bagi Dynamique.

Aspek hiburan, Flunce dilengkapi sistem multimedia Renault R-Link. Ia hadir bersama paparan skrin sesentuh dengan sistem navigasi dan sambungan Bluetooth.

KESELAMATAN

  • 6 beg udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • ISOFIX
  • Sistem Anti-Kecurian

Tunggu apa lagi, jom pergi ke pusat pameran Renault berdekatan anda untuk pandu uji sendiri kehebatan Fluence baharu ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Clio, Dynamique, Expression, Facelift, Koleos, Renault, Renault Fluence, Renault Fluence versi dipertingkat, Tc Euro

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my