• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?

#TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?

November 3, 2017 By Azhan O 5 Comments

13.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JANGKA hayat set tayar baharu kereta anda mungkin berakhir selepas memandu sejauh 16,000km hingga lebih 80,000km perjalanan. Namun, semua itu turut bergantung kepada beberapa faktor lain seperti jenis kenderaan, gaya pemanduan, jenis tayar, kondisi kenderaan dan penyenggaraan tayar.

Hal penyenggaraan tayar dan kenderaan pula sangat kritikal bagi jangka hayat tayar. Komponen suspensi haus seperti sendi bebola (ball joints), sesendal (bushing), atau absorber dan strut boleh menyebabkan keabnormalan tayar. Ini termasuk tekanan angin tayar diisi tidak tepat, sama ada berlebihan atau terlalu kurang, yang mampu mempercepatkan lagi masalah kehausan, dan melemahkan penjajaran suspensi.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tayar Belakang Lebih Besar Boleh Tambah Top Speed?

Jadi, antara penyelesaian kepada masalah di atas adalah melakukan silangan tayar atau tire rotation.

KENAPA PERLU SILANG TAYAR?


Setiap tayar mengalami tekanan berbeza bergantung kepada posisi ia dipasang, sekali gus mempengaruhi paten haus berbeza. Tayar depan bagi kenderaan berenjin depan menampung lebih beban berbanding tayar belakang. Kereta jenis pacuan roda depan (FWD) juga menambah lebih berat kepada tayar depan.

Itu belum ditambah beban lain lagi seperti daya brek yang perlu ditanggung tayar depan dengan beban sekitar 80 peratus. Malah, tayar depan juga ialah komponen roda utama yang membelokkan kenderaan. Logiknya, daya yang tidak setara itu membuatkan tayar depan lebih cepat haus berbanding tayar belakang.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar 2 Tayar Baharu - Mahu Pasang di Depan atau Belakang? Ini Jawapannya...

Jadi, silangan tayar dibuat adalah bertujuan mengagihkan paten haus tayar yang berbeza supaya tidak bertumpu kepada bahagian tertentu sahaja. Misalnya, tayar belakang cenderung mengalami kehausan jenis flat (tengah), manakala tayar depan kerap haus di bahagian bahu (tepi).

Dengan saling menyilangkan posisi tayar - depan ke belakang dan sebaliknya - anda sebenarnya memberi ruang kepada tayar belakang untuk haus pada bahagian bahu, manakala tayar depan haus di tengah. Ini secara tidak langsung dapat memanjangkan jangka hayat tayar dan mengurangkan kehausan tidak sekata yang menyebabkan bunyi bising dan gegaran.

PENYELESAIAN TAYAR HAUS


Ada dua penyelesaian yang kerap dilakukan untuk situasi tayar haus. Pertama, terus saja menukar tayar depan lama kepada baharu. Anda mungkin perlu menukar tayar depan dua kali lebih kerap berbanding tayar belakang. Kedua, menyilangkan tayar supaya keempat-empat tayar dapat digunakan lebih lama.

Namun, jika dilihat dari sudut ekonomi, tindakan menukar tayar baharu membuatkan anda perlu berbelanja 4 tayar depan sebelum tayar belakang haus sepenuhnya yang menjadikan jumlah keseluruhan 6 tayar! Sebaliknya, jika anda menyilangkan tayar secara berkala, anda cuma perlu menukar 4 tayar baharu.

Mana lebih jimat?

BILAKAH PATUT SILANG TAYAR?

Kebanyakan kereta moden masa kini memiliki tempoh masa penukaran minyak enjin yang direkomen pengeluar, kebiasaannya antara 5,000 hingga 10,000km. Sebenarnya, tempoh itu jugalah tayar sesuai untuk disilangkan kerana kereta anda sudah pun dihantar ke bengkel. Jimat masa, tenaga dan wang belanja.

Pengeluar tayar menyarankan tayar disilangkan setiap 6 bulan atau setiap 5,000-10,000km, dan berbeza mengikut kenderaan dan keperluan tayar.

Asasnya, silangan tayar untuk kenderaan FWD merujuk kepada mengalihkan tayar depan ke belakang, pada sisi sama, manakala tayar belakang dialihkan ke depan pada sisi berlawanan. Perinciannya, tayar kiri-depan (LF) dibawa ke posisi kiri-belakang (LR), dan tayar kanan depan (RF) dibawa ke posisi kanan-belakang (RR). Sebaliknya, RR disilangkan ke LF, manakala LR dibawa ke RF. (lihat gambarajah FWD)

Bagaimanapun, ada beberapa kes yang tidak memerlukan anda mengikut paten standard tersebut. Mungkin juga anda cuma perlu menggunakan paten LF ↔ LR dan RF ↔ RR, yakni sisi depan-belakang. Boleh saja sekadar menyilangkan kiri ke kanan seperti begini, LF ↔ RF dan LR ↔ RR, iaitu sisi kiri-kanan.

Ini kerana ada sesetengah kenderaan memiliki saiz tayar dan rim berbeza, misalnya kereta sport yang mana tayar belakang lebih besar berbanding depan. Jadi, silangan tayar hanya terhad untuk kiri ke kanan sama ada hadapan atau belakang sahaja.

SUMBER: Thoughtco.com

Related

13.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, silang tayar, tahukah anda, Tayar, tip, tip silang tayar, tire rotation, Tukar tayar

Comments

  1. Yana says

    March 29, 2018 at 6:36 PM

    Selamatkah kita beli dan guna tayar baru yang tarikh lahirnya slps dua tahun dipasaran

    Reply
    • AO says

      July 4, 2019 at 11:49 PM

      Selamat selagi belum sampai tarikh luput 5-6 tahun

      Reply
  2. Hamdan says

    September 26, 2019 at 11:57 AM

    Kalau jenis yang LF-RR tu boleh jadi ke? bukan ke tayar ada arah putaran dia ?

    Reply
  3. Azwan Ali says

    May 5, 2020 at 4:47 PM

    tengok sndri la wei. reti baca tak ? ada SRP tak ? see my level

    Reply
  4. Zulkifli Bin Abu Bakar says

    August 6, 2021 at 9:59 PM

    Boleh tak kita tukar satu tayar saja dan apa kesan nya?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev