• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Mahu Lancar Civic Type-R Versi Mampu Milik Tahun Hadapan? Cuma RM126k!

Honda Mahu Lancar Civic Type-R Versi Mampu Milik Tahun Hadapan? Cuma RM126k!

October 12, 2017 By Han Othman 3 Comments

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA nampaknya mendengar keluhan peminatnya yang tidak mampu memiliki model prestasi sebenar, Civic Type-R. Sekarang, pengeluar automotif dari Jepun itu berbesar hati mahu melancarkan Civic Type-R versi entry-level bermula 2018, tetapi khas pasaran Amerika Syarikat (AS) sahaja.

Maklumat mengenai model baharu itu dibongkar The Truth About Cars berdasarkan dokumen sijil Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) yang baru difailkan Honda AS. Senarai dokumen tersebut mendedahkan kehadiran Civic Type-R sedia ada versi asas, Touring di bawah kod model FK8G7.

KOD MODEL FK8G3


Menariknya, dokumen itu menunjukkan model kedua yang disenaraikan sebagai Type-R dengan enjin sama berserta transmisi manual 6-kelajuan milik Civic Type-R dan di bawah kod model FK8G3. Butiran itu adalah sama dengan maklumat yang diperoleh pada April tahun ini, sekali gus menguatkan laporan tentang usaha Honda menghasilkan hot-hatch mampu milik.

Apapun, pada tahap ini, masih sukar mengesahkan apakah Honda benar-benar berminat menghasilkan Civic Type-R versi mampu milik. Jika terjadi, ada kemungkinan model itu akan tampil dengan roda lebih kecil, tayar ekonomi, kerusi ringkas, dan sistem audio murah serta mungkin tidak diberikan spoiler.

Jika harga Civic Type-R Touring bermula AS$34,775 (RM146,819), jadi versi mampu milik dijangka berlegar sekitar AS$30,000 (RM126,659).

* Foto di bawah ialah model Civic Type-R versi standard

honda-civic-type-r-i
honda-civic-type-r-ii
honda-civic-type-r-iii
honda-civic-type-r-iv
honda-civic-type-r-v
honda-civic-type-r-vi

SUMBER: Car Scoops

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic Type R, NHTSA, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Roda4

Comments

  1. Wak says

    October 13, 2017 at 6:42 AM

    Nak lawan elentra sport ke

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev