APAKAH motosikal 4-lejang 150cc pertama di Malaysia? Mungkin jawapan yang terlintas dalam fikiran kebanyakan peminat permotoran tempatan ialah Yamaha FZ150i.
Tidak susah diduga, streetbike 150cc sulung Yamaha itu masih dominan di jalan raya sejak dilancarkan Januari 2008, sudah 10 tahun berlalu. Motosikal itu jadi pilihan popular buat mereka yang mahukan jentera berkuasa, dan mampu ditunggang jarak jauh pada harga mampu milik, terutama kalangan penunggang yang kurang berkemampuan memiliki sportbike impian. Ini kerana FZ150i boleh disumpah menjadi sportbike dengan sedikit modifikasi.
BACA >>> Yamaha FZ150i Kurang Ranggi? Sila Bikin Jadi Sportbike, Streetfighter atau Cafe Racer Sekarang!
Tetapi, tahukah anda, sebenarnya ada sportbike 4-lejang 150cc seperti FZ pernah dilancarkan untuk pasaran Malaysia kira-kira 20 tahun lalu? Malah, lebih berkuasa!
SUZUKI FXR 150 - SPORTBIKE 4-LEJANG 150cc SEJATI
Suzuki melalui Lion Suzuki Motor Sdn Bhd pernah melancarkan sebuah sportbike 4 lejang 150cc pada 1997 - tahun di mana telefon bimbit StarTAC (Nokia 3310 belum wujud) menjadi kegilaan anak muda masa itu. Ada juga sesetengah kalangan pembaca masih belum dilahirkan.
Motosikal bernama SUZUKI FXR150 itu didatangkan dalam spesifikasi yang berjaya meletakkan jentera itu pada satu penanda aras tinggi walaupun dibandingkan kebanyakan model 150cc hari ini. Hendak tahu kenapa? Lihatlah dahulu senarai di bawah:
Perhatikan, selain daripada karburetor, spesifikasi di atas sepadan dengan kebanyakan motosikal moden masa kini. Jadi, bagaimana pula jika dibandingkan prestasi model itu dengan motosikal 4-lejang 150cc era moden seperti Yamaha FZ150i, Yamaha Y15ZR dan Honda RS150?
Nah, dengan hamburan kuasa setinggi 20hp, FXR 150 bukan saja mampu menyaingi motosikal 4-lejang 150cc moden, tetapi turut mampu berentap dengan jentera 2-lejang ikonik, Yamaha RX-Z dan 125Z. Malah, hingga kini juga, kuasa setinggi itu masih sukar dicari pada mana-mana motosikal kelas sama, termasuk ciri-ciri unik ditampilkan seperti panel meter digital penuh dan lengan ayun aluminium 'banana'.
Boleh dikatakan, FXR 150 benar-benar melangkaui zaman.
KENAPA SUZUKI FXR 150 TIDAK POPULAR?
Walaupun dibekalkan kelebihan teknologi superior seperti DOHC, SACS dan TWIRL yang membantu model itu ditunggang pada kuasa maksimum 20hp, kenapakah FXR 150 begitu mudah dilupakan berbanding pesaing lain? Jawapan mudah, Suzuki FXR 150 tidak cukup laju! Memang jawapan yang agak perit, tetapi itulah alasan paling rasional dan tepat jika mengambil kira situasi dan pe'el pembeli motosikal era itu.
Sebenarnya, awal milenia ialah zaman motosikal 2-lejang bermaharajalela. FXR 150 pada masa itu terpaksa bergelut dengan kelibat Yamaha TZM 150 yang turun sebagai motosikal 2-lejang 150cc berkuasa 36hp dan mampu dipecut pada kelajuan mencecah lebih 200kmj.
Paling utama, TZM yang dijual pada harga kompetitif sekitar RM9,000, tetapi harga itu jugalah ditawarkan FXR 150, dengan meninggalkan saki baki peminat motor 'gila' yang masih berminat membeli sportbike 4-lejang itu.
BACA >>> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan
Tambah memburukkan keadaan Suzuki ialah pengaruh Yamaha yang dikuatkan lagi dengan lambakan filem tempatan bertema 'mat rempit', di mana watak utama sering menggunakan motosikal Yamaha ikonik, seperti RX-Z dan 125Z. Bagi anak muda yang kekal setia dengan Suzuki, pilihan utama mereka untuk melawan penguasaan motosikal 2-lejang Yamaha pastilah datang daripada barisan model yang sama taraf dan kelas seperti TXR150 / Jerung dan RGV120.
Akibat saingan kuat dan angka jualan yang semakin lesu, memang tidak sukar menduga kenapa Suzuki akhirnya memutuskan menghentikan pengeluaran FXR150 sekitar 2003.
LEGASI
Seiring peraturan piawaian emisi udara yang semakin ketat diperkenalkan Kerajaan, pengeluar motosikal seperti Yamaha dan Honda mula menampilkan motosikal sport/naked 4-lejang 150cc sekitar 2008 menerusi model FZ150i dan CBR 150R sebagai pengganti jentera 2-lejang terdahulu. Rasanya, masih ada kewajaran supaya FXR diperkenalkan semula sebagai sportbike era moden. Setidak-tidaknya jentera itu hadir pada masa dan situasi yang tepat.
BACA >>> Suzuki GSX-R150 Kini Di Malaysia, Tapi 'Not For Sale'
Cuba bayangkan Suzuki FXR150 diperkenalkan semula pada 2008, motosikal itu pasti mampu memberikan saingan sengit kepada dua pesaing itu. Dengan desain bergaya sporty, dan teknologi moden seperti panel meter digital penuh, tidak susah meletakkan sportbike 4-lejang 150cc Suzuki itu dalam radar pilihan pembeli Malaysia.
Namun, apa yang berlaku agak menghampakan. Suzuki sekali lagi menongkah arus dengan memperkenalkan moped 150cc, Belang R150. Walaupun pada masa itu disebut-sebut sebagai moped 4-lejang paling berkuasa, gaya bentuk 'ayago' (asal istilah ayam jagoan dari Indonesia) kelihatan sangat tidak menepati cita rasa kebanyakan penggemar motosikal tempatan yang ketika itu sudah pun tertawan dengan rekaan moped Yamaha LC135.
Pada 2017, dengan pelancaran duo, GSX-R150 dan GSX-S150 pada awal Januari lalu, apakah Suzuki mampu menambat semula hati peminat yang sentiasa mahukan motosikal berkuasa, berkualiti dan juga mampu milik berjenama tersebut?
KREDIT FOTO: Nurman Arifin
Sieraju says
Salah satu sebab utama motosikal shzuki kurang sambutan kerana masalah spare part yang sukar didapati. Kalau nak, kena order .Tu pengalaman saya dengan smash fd110 yg mana motor tu akhirnya jadi besi buruk. Dan yang utama motor suzuki tak laju. Kalau laju pasti jadi kegilaan spt motor rg110. Model itu jatuh apabila yamaha kelyarkan ss110 racing spirit.
Kamal Aziz says
Kredit kpd Norman
Kasim says
Sebenarnya FXR150 ni di R&D sepenuhnya di suzuki assemblers malaysia. Pada masa tu bersama2 suzuki fx125. Enjin DOHC moto2 ininpun pada masa itu hanya dibuat di malaysia. Semasa mula2 suzuki satria dibuat di indonesia pun (sini panggil suzuki belang), enjin diimport dari malaysia. Senang cerita oleh kerana kegagalan FXR150 yang canggih inilah yang menyebabkan kejatuhan suzuki assemblers, sehingga kilangnya telah ditutup.
Kasim says
Oh ya,
Walaupun sekarang sibuk budak2 muda membeli yamaha y125zr edisi telefonica movistar, pada tahun 90an suzuki telahpon mengeluarkan warna telefonica movistar, warna biru kuning FXR150. Warna ini sama dgn warna suzuki motogp tunggangan kenny roberts jr pada zaman itu.
gc says
thanks for bringing up this fxr150
i owned fxr 150 silver color
it had serial number first eleven bike produced
i really loved suzuki
fxr150 was my first suzuki
now i still ride suzuki and latest model in house bought last year was ADDRESS scooter
Saiful says
Suzuki kalau nak laku keras keluarkan balik model fx125 dan belang 150 bentuk baru seperti yamaha sesuai dgn peredaran masa,dulu keluar x kena masa,zaman tu 2 lejang pilihan penunggang
Kamarul says
Aku masih menunggang FXR150 sebelum ini pernah miliki jerung , TXR 150 atau Gamma dan Belang
Usia FXR150 dah pun melebihi 20 tahun tunggu suzuki nak masuk baru sampai kucing beranak unta la jawabnya
So... baik upgred kpd cc besar terus spt XJ6 ke Aprilia Shiver ke kan
MatSob says
kalau sparepart + eksesori senang dapat, jangan risau la bab jualan kat Malaysia, dua benda tu faktor utama. kalau jual moto. Ni sproket pun payah cari, macamana orang nak beli. Motor cub ni beli nak pakai hari-hari. Lain la beli Aprillia ka, Ducati ka, memang pakai ujung minggu ja, takpa la tersadai lama pun tunggu sparepart. Harap SUZUKI fikir dulu bab sparepart & Eksesori kalau nak bertahan lama kat pasaran Malaysia.