• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MV Agusta F4 RC (2018) - Superbike Akhir Tidak Patuh Emisi Euro4, Masih Sah Atas Jalan

MV Agusta F4 RC (2018) - Superbike Akhir Tidak Patuh Emisi Euro4, Masih Sah Atas Jalan

October 10, 2017 By Aryon 3 Comments

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV Agusta F4 RC (2018) didedahkan dengan menampilkan skema warna diperbaharui yang tidak banyak berbeza berbanding versi terdahulu.

Tiada model F4 yang mematuhi syarat emisi Euro4, jadi jentera kali ini dikatakan model terakhir dalam siri tersebut dengan menggunakan sedikit kelompongan peraturan yang masih dibenarkan sebelum segalanya dikuatkuasakan menjelang 2018.

MODEL TERAKHIR PATUH EURO4

Sukar menghasilkan sebuah jentera yang berkuasa dengan mematuhi peraturan Euro4, MV Agusta F4 RC (2018) boleh dianggap motosikal paling berkuasa yang sempat dihasilkan. Di atas kertas, F4 RC mampu mencapai kuasa 205hp yang sah ditunggang atas jalan, dan 212hp apabila kit lumba dipasangkan. Malah, ada banyak ruang untuk menggilap prestasi tulen jentera itu.

Pada 2017, pakej elektronik RC memuatkan unit unjuran inersia untuk memberikan kawalan traksi keratan-pinggir (cutting-edge) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan casis kimpalan-TIG, dan suspensi Ohlins premium yang cukup memberangsangkan.

Fork daripada NIX 30s, manakala absorber belakang, TTX 36. Seperti biasa, brek menggunakan khidmat kaliper monoblok Brembo GP dengan cakera 320mm di depan. Melengkapkan lagi sistem tersebut ialah Bosch ABS 9 dengan mod lumba dan mitigasi lif roda belakang (RLM).

Kerja-kerja badan RC dikemas kini rapi dengan menampilkan skema warna lumba WSB terkini, tetapi bukan serupa sepenuhnya. Rim merah menggantikan versi lama berwarna hitam, menjadi indikator jelas bahawa jentera itu ialah model 2018.

Jika harga F4 LH44 edisi terhad mungkin lebih eksklusif dan mahal, harga MV Agusta F4 RC (2018) pula tidak banyak berubah, bermula €40,000 (RM199,148).

GALERI

SUMBER: Motorcycle-Magazine

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Euro4, motosikal, MV Agusta, MV Agusta F4 RC, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my