• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sempena Rai Ulang Tahun 'Honda Cub', Honda Bakal Lancar 3 Kapcai Baharu di Tokyo

Sempena Rai Ulang Tahun 'Honda Cub', Honda Bakal Lancar 3 Kapcai Baharu di Tokyo

October 10, 2017 By ZY 1 Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIRI motosikal ikonik Cub dan Super Cub cukup penting bagi Honda. Sempena menyambut ulang tahun ke-60  model itu dan angka pengeluaran yang kini mencecah 100 juta, Honda bakal melancarkan tiga model motosikal Cub menjelang Pameran Motor Tokyo ke-45 pada 25 Oktober ini.

Walaupun tempoh pelancaran cuma tinggal lebih kurang 2 minggu, rekabentuk akhir ketiga-tiga model tersebut masih kekal menjadi tanda tanya. Apa yang dapat diperoleh sekadar lakaran digital daripada majalah permotoran Jepun, Young Machine.

HONDA SUPER CUB 110 & SUPER CUB 50 (2018)

Berbanding versi Super Cub (2012) yang menampilkan rekabentuk bersegi, Super Cub (2018) didatangkan dalam dua varian enjin, 110cc dan 50cc dengan rekaan bentuk bulat, seakan mengimbas semula rekaan asal motosikal tersebut.

Tiada perubahan mekanikal dinyatakan, tetapi berasaskan lakaran di atas, Super Cub (2018) bakal menampilkan lampu depan LED penuh seperti lampu Honda CB150F yang kami paparkan bulan lalu.

honda-cub-02b
honda-cub-02a

HONDA CROSS CUB 110 (2018)


Rekabentuk jelajah urban, Cross Cub bukanlah misteri kerana motosikal itu pernah ditayangkan sempena Pameran Motor Osaka 2013 sebagai model konsep dan pasaran terhad Jepun. Cuma versi pengeluaran antarabangsa itu ada sedikit perubahan kosmetik dilakukan.

Frem besi yang memagari lampu LED depan kini diposisikan secara vertikal dan selari dengan memberikan perlindungan tambahan sekiranya penunggang mahu menunggang meredah semak samun dan belukar. Menambah gaya ranggi ala motorcross, fairing  atau kepak motosikal ditanggalkan dan digantikan dengan skup udara ringkas.

Di bahagian belakang, Cross Cub disediakan pelana boleh tanggal dan peg kaki yang tiada pada model terdahlu. Ini membuatkan Cross Cub kali ini bukan saja sesuai mengangkut barang, tetapi dapat juga membawa pembonceng.

Model produksi 2018 (kiri) dan Model konsep 2013 (kanan)

PELANCARAN RASMI

Super Cub 50/110 (2018) dijangka dilancarkan seawal 25 Oktober ini, tetapi tidak dinyatakan nama negara yang bakal menyambut motosikal ikonik itu selain negara asal, Jepun. Kepada peminat Cross Cub 110, anda perlu menunggu sedikit lama kerana model berkenaan dijadualkan berada di pasaran sekitar awal Mei 2018.

SUMBER: Young Machine

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2018 honda, cb150f, cross cub, cross cub 110, Honda, honda cub, honda super cub, super cub, super cub 110, super cub 50, tokyo motor show

Comments

  1. Fahmi says

    October 2, 2018 at 2:33 PM

    Saya ingin tahu bilakah honda cross cub 110 ini akan masuk pasaran malaysia, rupanya yang klasik akan mendapat perhatian ramai.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev