• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda EX5 Dream FI - Harga Bermula RM4,299 - RM4,529

Honda EX5 Dream FI - Harga Bermula RM4,299 - RM4,529

April 29, 2015 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

Honda EX5 Dream FI - Pandulaju.comDEMI memenuhi kehendak pengguna yang mahukan motosikal kapcai yang lebih berkuasa di samping penjimatan bahan api, Boon Siew Honda memperkenalkan model terbaharunya, Honda EX5 Dream FI.

Seperti sedia maklum, Honda EX5 adalah motosikal ikonik yang masih menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi. Biarpun sudah hampir dua dekad ia diperkenalkan, nyata ia berjaya menambat hati peminatnya untuk terus setia bersamanya.

Honda EX5 Dream FI - Pandulaju.comBerbanding dengan model terdahulu, Honda EX5 Dream FI adalah model yang dipertingkat daripada EX5 110 yang dilancarkan pada dua tahun lalu. Model terbaharu ini adalah model cub pertama dalam kelasnya yang dipasang dengan teknologi baharu yang dibangunkan untuk meningkatkan kuasa.

Honda EX5 Dream FI dilengkapi teknologi PGM-FI dengan sistem suntikan bahan api yang menawarkan penjimatan lebih baik.

Honda EX5 Dream FI - Pandulaju.comHARGA

  • EX5 Dream FI Penghidup Tendang: RM4,299
  • EX5 Dream FI Penghidup Elektrik: RM4,529

3 WARNA MENARIK

  • Merak Metalik (Euphoria Red Metallic)
  • Biru Metalik (Vital Blue Metallic)
  • Ungu Metalik (Mariana Purple Metallic)

PENAMBAHBAIKAN

Dari aspek luaran, Honda EX5 Dream FI turut menerima beberapa penambahbaikan. Antaranya kehadiran rekabentuk lampu depan baharu dengan lapisan krom, lampu belakang lebih terang selain panel meter yang jelas.

Maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian bebas di talian 1800-88-3993 (Isnin hingga jumaat 9pagi - 5 petang, kecuali cuti umum).

SPESIFIKASI

ENJIN 110CC, OHC 4-kitaran dengan PGM-FI
KUASA MAKSIMUM 8.35hp @ 7,500rpm
TORK MAKSIMUM 8.4Nm@ 6,000rpm
TAYAR 70/90 R17 (hadapan); 80/90 R17 (belakang)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, EX5, Honda, Honda EX5 Dream FI, PGM-FI

Comments

  1. Safuan says

    October 11, 2017 at 5:56 PM

    Sangat hodoh.tolong keluarkan model lama balik.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my